Hiburan

“Aku nak bagi penamparr.. S**l punya..” Awie amuk Nak bagi penamparr kepada pelakon terkenal ni..Tak sangka ini sebab buat ramai setuju..

“Aku nak bagi penamparr.. S**l punya..” Awie amuk Nak bagi penamparr kepada pelakon terkenal ni..Tak sangka ini sebab buat ramai setuju..

Tidka dapat dinafikan, ramai yang tidak berpuas hati terhadap filem kontroversi, Mentega Terbang yang didakwa berunsurkan menghina, meremeh, merendah-rendahkan, memperleceh, menodai dan mempersendakan agama Islam.

Termasuklah penyanyi rock tanah air, Datuk Awie yang meluahkan rasa berang dengan pelakon Melayu yang melakonkan watak dalam filem terbabit.

Menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh Awie di laman Facebooknya, vokalis utama kumpulan Wings itu memberitahu dia mahu menampar pelakon tersebut kerana sanggup membawa watak tersebut sehingga mencetuskan kegusaran dalam kalangan netizen.


“Aku rasa macam nak bagi penampar kat pelakon Melayu Mentega Terbang cibai ni, sial punya Melayu! Bermulanya era Melayu bangsat!” ujarnya dalam hantaran tersebut.
Pun begitu, perkongsian tersebut telah dipadam oleh penyanyi yang berusia 54 tahun itu selepas lebih sejam dimuat naik dalam aplikasi tersebut.

Sumber: Facebook @Awie Al Pamalo

Terdahulu,

Kuala Lumpur: “Setakat ini, saya belum terima sebarang kecaman,”.

Demikian kata pelakon filem Mentega Terbang, Firdaus Karim, 41, selepas filem yang mengangkat kisah mengenai keterbukaan dalam beragama itu mencetuskan kontroversi.

Firdaus yang memegang watak Jailani dalam filem itu, ketika ditemui berkata, dia menganggap setiap rezeki itu daripada Allah dan dia hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai pelakon.

“Saya percaya, rezeki itu daripada Allah SWT. Saya bergantung kepada apa yang ditakdirkan. Saya ada prinsip saya sendiri juga.

“Pembabitan saya dalam sesuatu naskah itu adalah untuk generasi akan datang. Jadi, kalau dipertanggungjawabkan untuk bawakan sesuatu tanggungjawab (watak), saya akan buat,” katanya.

Tambah Firdaus, dia juga tidak melabelkan dirinya sebagai pelakon filem kontroversi atau apa, sebaliknya, melalui perjalanan kariernya mengikut alur rezeki.

“Saya tak berani nak melabelkan diri saya sebagai pelakon apa. Tapi, dalam perjalanan saya ini, saya anggap rezeki itu ada di mana-mana. Kalau itu ditakdirkan untuk saya buat, itu jalannya,” katanya.

Diminta mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi yang melanda filem itu sehingga dilaporkan oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) kepada pihak berkuasa kerana didakwa memesong dan mencabar akidah umat Islam, Firdaus menyerahkan semuanya kepada penerbit dan pengarah.

“Berkenaan filem itu, saya serahkan kepada penerbit dan pengarah untuk memberikan komen. Mereka lebih sesuai dan layak,” katanya.

Terdahulu, filem indie, Mentega Terbang yang ditayangkan secara percuma di platform penstriman digital mencetuskan kontroversi dengan jalan cerita dipaparkan didakwa bertentangan dengan agama Islam, dan dimainkan oleh pelakon beragama Islam.

Sumber: malay-mail.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button