Global

Air mata Randy Pangalila gugur di atas gelanggang, umum bersara dari sukan tinju

PELAKON Randy Pangalila dilihat sebak sehingga melinangkan air mata ketika mengumumkan persaraan daripada sukan tinju, baru-baru ini.

Kata Randy, 34, dia terpaksa membuat keputusan tersebut kerana sudah berjanji kepada keluarganya.

“Saya benci untuk katakan, tapi saya sudah berjanji pada keluarga dan isteri yang perlawan tinju ini akan jadi perlawanan terakhir saya,” katanya.

Randy gembira akhiri karier sebagai peninju dengan menang perlawanan terakhirnya.

Randy mengumumkan perkara itu sejurus tamat perlawanan di antaranya dengan Kkajhe di Byon Combat Showbiz 3, Jakarta Indonesia.

Dalam pada itu, Randy berharap orang ramai tidak melupakan dirinya sebagai seorang selebriti, malah mahu dikenali sebagai peninju di Indonesia.

“Sekarang orang ramai faham kenapa perlawanan ini menjadi satu perlawanan impian buat saya? Sebab saya nak ia berakhir seperti ini (kemenangan).

“Saya berharap kamu semua tidak akan pernah lupakan saya, bukan sahaja Randy Pangalila sebagai seorang selebriti tapi saya sebagai juara tinju.

“Terima kasih buat peminat sukan bela diri di Indonesia, saya benci untuk katakan ini tetapi Randpunk (nama panggilan Randy) sign out!,” jelasnya.

Untuk rekod, Randy mendirikan rumah tangga bersama aktres Chelsey Frank pada Januari 2019.

Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Blair Willow 3, dan Asher Griffin berusia 1 tahun.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button