Adik Bella Astillah dedah Aliff Aziz pernah ada hubungan dengan isteri orang beranak 3, sengaja besarkan isu Muaz Zabir
ADIK pelakon Bella Astillah meluahkan rasa bengang dengan kenyataan abang iparnya iaitu Aliff Aziz menerusi program Melodi yang disiarkan pada Ahad.
Didi Astillah, 27, menyifatkan kenyataan Aliff berhubung kes curang Bella dengan Muaz Zabir sengaja diperbesarkan demi menutup isu sebenar iaitu kes khalwatnya.
Susulan itu, Didi meminta Aliff menutup mulut daripada mengeluarkan sebarang kenyataan kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan.
“Daripada podcast, temu bual sana sini tapi bila bab kes (khalwat) tak nak pula ulas apa-apa. Tapi bila soal kesalahan Kak Long (Bella) panjang berjela seolah-olah mereka nak tutup kes khalwat macam itu sahaja.
Didi meluahkan rasa kesal menerusi hantaran di Instagram miliknya.
“Saya pun jadi pening bila dengar kenyataan atau jawapan yang lari daripada topik setiap kali temu bual. Sudah-sudahlah bagi kenyataan dan tunjuk kemarahan… Lebih baik diam sebab salah sendiri,” katanya.
Didi berkongsi perkara itu menerusi hantaran Instagram miliknya pada malam Ahad.
Dalam pada itu, Didi mendakwa Aliff juga pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita berstatus isteri orang yang memiliki tiga orang cahaya mata.
“Bila ada lelaki lain di samping Kak Long, tahu pula nak melenting tapi masa dia bersama dengan isteri orang anak tiga dari Terengganu, itu apa pula? Tak nak ulas apa-apa ke?” ujarnya.
Sementara itu, Didi juga menyifatkan Ruhainies sebagai seorang manusia munafik selepas mendakwa dia tetap memburukkan Bella walaupun sudah meminta maaf secara terbuka.
Didi tetap menegaskan Aliff berubah sejak menjalani penggambaran bersama Ruhainies sekali gus menjadi punca rumah tangga pasangan itu retak menanti belah.
“Yang lagi seorang tu, lepas minta maaf pun ingat saya tak tahu ke yang awak tetap pergi dekat orang-orang dan masih cakap yang Bella perangkap… Munafik!
“Kita ini zaman bila nak perangkap-perangkap? Awak tak cukup umur lagi ke atau awak dah gila atau kedua-duanya sekali?
Didi kecewa dengan tindakan yang dilakukan Aliff.
“Memang masa abang (Aliff) mula menjalani penggambaran dengannya dia mula berubah. Tak payah nak putar belit. Sekarang ini cerita dia memang penceraian ini gara-gara kes abang,” katanya.
Untuk rekod, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.
Bella memfailkan cerai terhadap Aliff di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 13 Mac lalu selepas aktor itu ditangkap khalwat dengan aktres Ruhainies pada 9 Mac lalu.
Kes penceraian itu mash berlangsung dan disambung semula pada 4 Jun 2024.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.