“Saya tahu soal hukum” – Bella Astillah jawab sindiran bekas ibu mentua, sehingga sekarang tiada kata maaf
ENGGAN lagi berdolak-dalih, pelakon Bella Astillah mendedahkan ibu mentuanya iaitu Siti Hafiza menjadi punca dia membuat keputusan melarang anak-anaknya daripada bertemu dengan nenek dan datuk mereka.
Bella atau Dayang Ara Nabella Awang Astillah, 30, memberitahu dia berdepan trauma dan berkecil hati dengan kata-kata yang dilemparkan oleh bekas ibu mentuanya itu ketika membuat panggilan video bersama anak-anaknya sebelum ini.
Gara-gara itu Bella memilih untuk berhenti berhubung buat seketika agar dua anaknya dapat membesar dalam persekitaran yang lebih positif.
Luahan Bella raih perhatian ramai.
“Buat sementara waktu ini berilah kami ruang. Jauhkanlah diri kalian. Cukup video call hari itu buat pertama kalinya menjadikan saya takut sebab mak mertua cakap apa pada Ayden ketika video call.
“Allahu, bang tengok muka ayden tu kesiannya muka dia risaukan daddy dia, muka dia tertekan.. ‘masya-Allah Ayden sayang jangan risaukan daddy ya, dia okay insya-Allah Ayden hanya perlu doakan daddy je’ (saya ada rakam video sewaktu VC itu).
“Inilah antara sebabnya, kerana ayat-ayat macam ini hanya akan menganggu fikiran budak kecil walhal dia tak ada pun fikiran sebegitu,” katanya menerusi satu hantaran di Instagram pada Jumaat.
Dalam pada itu, Bella turut meminta agar keluarga mentuanya itu tidak terlalu bimbang dengan keadaan anak-anaknya memandangkan selama ini dia yang bertanggungjawab menguruskan hal mereka.
Malah, bukan niatnya untuk memisahkan bapa dan anak, namun hanya perlukan sedikit waktu untuk meredakan keadaan yang masih tegang.
“Alhamdulillah mereka gembira sahaja sebab sudah terbiasa memang selalu dengan saya. Saya yang banyak uruskan mereka daripada bayi sehingga sekolah, daftar sekolah semuanya saya.
“Bukan mudah untuk semuanya kembali seperti tiada apa-apa berlaku. Sedangkan mama dan umi semua sudah sepakat, jika ada perbalahan antara saya dan Aliff kalian tidak akan masuk campur supaya mudah untuk kedua belah pihak di masa kedepannya bagi menguruskan soal cucu.
“Tapi berlaku sebaliknya, Puan Fiza sudah musnahkan semuanya. Saya merayu jangan cakap saya gunakan anak-anak sebagai alasan. Saya menjaga kesihatan mental dan ketenangan anak-anak untuk membesar dengan baik dan positif. Saya pernah gunakan anak-anak dulu pun bekas suami tetap tak balik rumah.
Perli saya dengan membuat video-video sarkastik.
BELLA ASTILLAH
PELAKON
“Jangan risau, anak-anak tetap kenal bapa mereka. Saya juga tahu soal hukum memisahkan anak dengan bapa, saya tak pernah cakap nak pisahkan mereka, saya cuma cakap buat masa ini. Insya-Allah, satu hari nanti pasti akan baik-baik sahaja,” katanya lagi.
Bukan itu sahaja, Bella memberitahu dia masih belum menerima permohonan maaf daripada ibu mentuanya selepas teruk disindir di media sosial.
Malah semasa ke Singapura untuk karnival jualan, ibu bapa mentuanya hanya sekadar melawat cucu dan tidak pernah menawarkan diri untuk menjagamereka.
“Di manakah akal fikiran dan sifat keperimanusiaan kamu? Saya bersabar setiap hari. Kamu sindir saya setiap hari walaupun kamu cakap itu adalah posting general tapi rakyat Malaysia cukup bijak evenmereka sendiri tahu itu semua untuk saya.
Bella akui kecewa dengan tindakan ibu mentua.
“Saya telan semuanya. Sekiranya anak awak tidak berkomplot merancang perkara jahat semua ini tidak akan terjadi. Kami pasti boleh berpisah secara baik.
“Sehingga hari ini tiada kata maaf daripada anda sekeluarga, perli saya dengan membuat video-video sarkastik melalui media sosial tentang kereta dan sebagainya,” ujarnya.
Sebelum ini, ibu kepada penyanyi Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza berkongsi petikan ceramah Ustaz Azhar Idrus mengenai melarang anak-anak daripada berjumpa dengan kedua ibu bapa mereka.
Hafiza berpendapat penceraian yang berlaku di antara pasangan suami isteri juga tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memisahkan anak-anak dengan ibu bapa mereka.
Bella minta beri masa untuk bertenang.
Pada Julai lalu, Aliff, 33, dan Hafiza ada memuat naik beberapa hantaran di media sosial mengenai kerinduan mereka terhadap Ayden dan Ara.
Untuk rekod, Bella dan Aliff bercerai talak satu pada 13 Jun lalu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.
Selepas melafazkan cerai, Aliff bersetuju memberikan hak penjagaan penuh dua anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4 tahun kepada Bella.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda