Hannah Delisha keguguran… “Jumpa di syurga nanti sayang”
IMPIAN pelakon Hannah Delisha untuk menimang cahaya mata sulung tidak kesampaian apabila dia memaklumkan mengalami keguguran pada Ahad.
Berkongsi berita duka itu menerusi satu ciapan di aplikasi X, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 28, turut memberikan kekuatan kepada wanita yang pernah menimpa nasib sama.
“Saya mengalami keguguran untuk kandungan pertama ini.
Perkongsian Hannah di aplikasi X miliknya.
“Saya ingin berkongsi rasa cinta dan kekuatan kepada seluruh wanita yang pernah mengalami keguguran,” katanya.
Hannah bagaimanapun tidak berkongsi usia kandungannya itu.
Dalam pada itu, pelakon drama Cinta Sekali Lagi ini berharap perkongsiannya itu sedikit sebanyak dapat memberikan semangat buat wanita yang pernah mengalami keguguran.
Malah dia turut menitipkan doa agar diberikan kesembuhan serta kekuatan dalam menempuhi dugaan yang diterima serta berharap dapat bertemu anaknya itu di syurga kelak.
“Kesedihan yang tidak tertanggung dialami oleh ramai wanita tetapi tidak dikongsi. Saya berharap dengan membaca perkongsian saya ini ia dapat memberi kekuatan kepada wanita yang pernah kehilangan bayi menyedari mereka tidak bersendirian.
“Semoga Allah memberi kesembuhan, meringankan kesakitan dan mengisi hati kita dengan ketenangan serta keselesaan.
Hannah terus positif berdoa diberi kekuatan untuk melalui dugaan ini.
“InsyaAllah jumpa di syurga nanti sayang,” ujarnya.
Sebelum itu, Hannah ada memuat naik foto di Instastory miliknya menunjukkan dia kini sedang dirawat di hospital.
Untuk rekod, Hannah mendirikan rumah tangga dengan Iman Shah pada tahun 2021 dalam sebuah majlis pernikahan yang diraikan secara sederhana.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda