Isu Semasa

Pembaca berita RTM termenung disamakan seperti hantu, jurusolek guna gincu merah pekat elak nampak pucat

DIKECAM netizen kerana solekan dilihat keterlaluan, penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu Nor’ Amalina Abdul Halim mengakui terhibur apabila dirinya disamakan dengan watak hantu popular dari Indonesia.

Ketika video itu tular di aplikasi TikTok, Amalina, 35, berkata dia lebih memikirkan penerimaan jurusolek membaca komen negatif netizen itu.

Jelas Amalina, jurusolek tersebut bukannya kakitangan RTM seperti yang didakwa sebaliknya orang luar yang diambil untuk berkerjasama dengan stesen berkenaan.

Wajah Amalina yang dikatakan seperti hantu Suzanna oleh netizen.

“Bila dah viral ini saya termenung dan gelak juga… kenapa mereka samakan saya dengan sundal bolong tapi sejujurnya saya lebih kasihan kakak yang solekan saya itu.

“Yang solekan saya itu orang luar… dia bukan staf RTM. Dekat Melaka kita tak ada jurusolek tetap jadi kena upah mekap luar.

“Ini bukan kali pertama kami berkerjasama… sebelum ini okay sahaja. Saya sampai tengok semula solekan saya selepas video itu tular… semuanya sama sahaja,” katanya ketika dihubungi mstar.

Cerita Amalina lagi, sebelum siaran langsung Berita Wilayah pukul 5 petang itu, penerbit iaitu Nurul Huda Shahiran ada memintanya melihat solekan itu terlebih dahulu.

Dia bagaimanapun berpuas hati dengan hasil jurusolek berkenaan dan tidak menyangka menerima video tular daripada rakan sekerja semasa dalam perjalanan pulang.

Sementara itu, Amalina memberitahu dia sudah menghubungi jurusolek berkenaan untuk memberikan kata-kata semangat.

Dia juga sedia maklum mengenai permohonan maaf daripada pengguna TikTok berkenaan namun kecewa apabila individu itu tidak berhubung terus dengan dirinya.

“Saya ada cakap dengan kakak yang solekan saya itu supaya tidak bersedih… mungkin agak tebal sikit tapi selepas ini dia akan kurangkan apa yang sepatutnya. Tapi dia okay sahaja.

Tidak salah untuk menegur cuma jangan sampai mengaibkan.

NOR’ AMALINA ABDUL HALIM

PEMBACA BERITA

“Saya kesian juga pada rakan-rakan jurusolek yang berada di HQ, mereka tiada kena mengena tapi turut terkena tempias.

“Saya dapat tahu netizen itu ada buat permohonan maaf tapi dia tak mesej saya pun. Tidak salah untuk menegur cuma jangan sampai mengaibkan dan menjatuhkan maruah,” kongsinya.

Sementara itu, jurusolek Suriah Mat Ali memberitahu solekan gincu berwarna merah bukan disengajakan sebaliknya mengelakkan wajah kelihatan pucat di televisyen.

“Ya saya yang solekan semalam, memang ada masalah teknikal tapi tak adalah sampai muka pemberita macam hantu. Memang dari dulu saya solek macam itu.

Foto sebenar Amalina di televisyen.

“Sebab solekam untuk pemberita mana boleh tebal… dia akan ada screen test dulu, kalau lulus baru siarkan. Kalau kurang kita kena tambah supaya tak nampak pucat. Gincu merah bukan saja-saja letak,” jelasnya.

Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Berita Ehwal Semasa RTM, Md. Shahri Saripan secara terbuka menerima permohonan maaf daripada pengguna TikTok berkenaan.

RTM bagaimanapun tidak berhasrat untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas individu terbabit memuat naik kenyataan maaf di platform media sosial tersebut.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button