Hiburan

“30 Minit Bukan Tiga Jam…” – Ruhainies Anggap Aliff Aziz Kawan, Dah Kenal Lebih 10 Tahun

Pelakon Ruhainies tampil menjelaskan mengenai laporan penangkapan dia dengan penyanyi Aliff Aziz yang didakwa mengambil masa tiga jam untuk membuka pintu.

Pelbagai spekulasi timbul disebabkan laporan itu, Ruhainies menegaskan kejadian itu berlaku bukan tiga jam tetapi hanya 30 minit sahaja.

“30 minit. Bukan tiga jam. Apa yang berlaku bukanlah seperti yang diperkatakan dan sebenarnya tak sampai tiga jam pun.

“Apabila benda tidak tepat dikeluarkan, jadi lebih banyak spekulasi dibuat oleh orang ramai,” kata Ruhainies kepada Gempak.

 

Dalam pada itu, Ruhainies turut memberitahu dia dan suami kepada pelakon Bella Astillah itu hanya sekadar kawan dan sudah mengenali satu sama lain sejak lebih 10 tahun.

“Saya dan Aliff hanyalah kawan dan kami dah kenal satu sama lain sejak lebih 10 tahun lalu. Sekarang pun, kami berkawan dan selalu dilihat bersama kerana sedang menjalani penggambaran drama bersiri,” ujarnya.

Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia akan menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan tak lama lagi.

“Saya akan keluarkan kenyataan rasmi nanti. Saya tak mahu memberikan kenyataan bersifat terburu-buru kerana tidak mahu kenyataan saya ditokok tambah atau dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Sebelum ini, adik kepada Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat adalah abang iparnya.

Didi bagaimanapun meminta semua pihak memberi ruang kepada isteri Aliff iaitu Bella Astillah sebelum memberi sebarang kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button