Global

3 tahun pejam mata suami cur4ng, isteri pelakon ini akhirnya tuntut cerai

ANAK pelakon sinetron Ferdy Element iaitu Renaga Tahier dituntut menceraikan isterinya yang sudah tidak tahan dengan sikap cur4ng lelaki berkenaan.

Isteri Renaga dikenali sebagai Della membuat permohonan cerai di Mahkamah Syariah Bogor pada 12 Februari lalu namun suaminya itu gagal menghadirkan diri.

Dalam tuntutan cerai dibuat, Della menuntut tiga perkara utama daripada Renaga termasuk penceraian, hak penjagaan anak dan nafkah anak.

Della ketika ditemui media selepas selesai prosiding hari pertama.

Della juga berharap hak penjagaan anak perempuan mereka iaitu Keisya Alisia Tahier, 3 tahun akan jatuh ke tangannya.

Sementara itu, Della turut meminta nafkah anak berjumlah Rp20 juta (RM6,000) sebulan daripada Renaga jika mereka bercerai.

Peguam Della iaitu Kemas Mohammad memberitahu jumlah itu adalah berpatutan dan yakin Renaga dapat membayarnya setiap bulan.

Sebelum ini, Della mendakwa Renaga sudah beberapa kali bersikap curang sepanjang tiga tahun mereka berkahwin.

Meskipun sudah banyak kali diberi peluang tetapi bintang Sinetron Para Pencari Tuhan itu enggan bertaubat malah menjalinkan pula hubungan sulit dengan tiga wanita berbeza sejak enam bulan lalu.

“Sejak awal kami berkahwin sudah ada orang ketiga tetapi saya bersabar sebab kami sudah mempunyai anak.

Renaga merupakan anak kepada pelakon Ferdy Element.

“Tahun lalu dia merayu kata mahu berubah. Saya bagi peluang tapi saya rasa dia tidak akan berubah,” ujarnya.

Malah dedahnya, dia pernah membaca mesej dihantar Renaga kepada kekasihnya dan menyimpan pesanan itu sebagai bukti.

Perbicaraan kes penceraian pasangan berkenaan disambung pada 19 Februari ini dan Della berharap suaminya hadir ke mahkamah bagi menyelesaikan masalah mereka.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button