“Setahun sekali, bukan hari-hari…” – Fizz Fairuz minta ibu bapa jangan berkira dengan anak, majlis graduasi di hotel bukan buat setiap hari
PELAKON dan penyampai radio Suria FM Datuk Fizz Fairuz berpendapat ibu bapa tidak sepatutnya bersikap berkira mengeluarkan wang bagi meraikan majlis graduasi anak-anak mereka di hotel.
Fizz atau Mohd Fairuz Zainal Abidin, 44, berkata, majlis yang dianjurkan pihak sekolah juga hanya setahun sekali dan ia sepatutnya tidak menjadi beban kepada ibu bapa.
“Setahun sekali, bukan hari-hari keluar RM150, RM250 tu. Beli beg dan kasut mahal-mahal boleh.
Fizz berkongsi pendapat di Instastory miliknya.
“Takkan untuk anak nak berkira. Ini pendapat sayalah,” katanya.
Fizz berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya pada Sabtu.
Dalam pada itu, Fizz memberitahu keputusan pihak sekolah menganjurkan majlis keraian di hotel adalah atas persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Susulan itu, pengarah dan pelakon filem Mat Tudung Begins ini meminta segelintir masyarakat yang hanya tahu mengkritik agar membuat siasatan sebelum memberi komen.
“Sekolah buat dekat tempat yang selesa dikatakan tidak sesuai. Bila buat dekat sekolah saja dikatakan tak ada tempat lain ke nak buat dengan panasnya, adoi!
“Semua benda tak betullah zaman sekarang ini. Untuk anak-anak bagi sajalah, mereka (pihak sekolah) buat sebab PIBG dah setuju dan ibu bapa juga sudah setuju… kalau tak setuju mereka tak buat,” ujarnya.
Sebelum ini, pelakon Andrea Abdullah mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang menjadikan trend penganjuran hari graduasi pelajar di hotel lima bintang dengan bayaran antara RM150 hingga RM200 bagi setiap pelajar.
Andrea mendakwa tindakan guru besar sengaja memilih mengadakan majlis di hotel mewah seolah-olah menunjukkan sekolah tersebut bertaraf mewah dan hebat di media sosial tetapi membebankan ibu bapa.
Sumber:mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.