Hiburan

“Saya rasa semua dah salah faham” – Amir Raja Lawak mohon maaf, nombor plat 2 dua digit hanya suntingan

PELAWAK Amir Raja Lawak tampil membuat permohonan maaf susulan menimbulkan kekeliruan berhubung pendaftaran nombor kenderaan Perodua Alza miliknya.

Amir atau Mohammad Amirullah Azmi, 34, menjelaskan nombor AME12 yang tertera pada kereta tersebut sebenarnya adalah suntingan.

Sehubungan itu, Amir turut memohon maaf kepada pemilik sebenar nombor pendaftaran berkenaan tanpa kebenaran.

Amir mohon maaf atas kekeliruan ramai.

“Assalamualaikum, saya nak minta maaf kepada semua. Nombor plat AME12 tu bukan saya punya. Saya rasa semua dah salah faham.

“Saya edit sebenarnya. Nombor plat sebenar saya adalah AME1219. Saya pun nak minta maaf banyak-banayak kepada pemilik nombor plat tersebut,” katanya.

Amir berkongsi mengenai perkara tersebut menerusi video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Sebelum ini, Amir berkongsi kegembiraan apabila berjaya membeli kereta baharu hasil daripada perniagaan menjual air di tepi jalan.

Pelawak ini menganggap apa yang dimilikinya adalah hasil usaha keras selepas lima tahun berkecimpung dalam bidang perniagaan.

“Apa yang saya muat naik di media sosial sekadar perkongsian sahaja. Syukur dengan rezeki yang dikurniakan ini.

“Saya sudah berniaga air sejak 2017 dan kekalkan perniagaan ini supaya orang tahu apa yang saya jual. Kalau berhenti berniaga dan tukar kepada produk lain, nanti orang susah nak ikut apa yang kita usahakan,” ujarnya.

Amir berjaya dengan perniagaan air jagung.

Amir juga memberitahu dia memilih kenderaan jenis multi purpose vehicle (MPV) adalah untuk kemudahan buat keluarga dan perniagaan.

Kata Amir, dia menunggu selama tujuh bulan selepas membuat tempahan bagi Perodua Alza yang dianggarkan bernilai hampir RM80,000.

Dia juga mengakui lebih selesa hidup bersederhana tanpa perlu memakai barangan mewah meskipun perniagaannya sudah semakin maju.

Kredit: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button