“Proud of you my wife” – Suami Ella, Azhar Ghazali Dakwa Isterinya Buat Kerja ‘Gila’
Selama dua malam peminat tegar ratu rock negara, ELLA dapat menyaksikan persembahan berbisa di Arena Axiata Bukit Jalil. Mana tidaknya ebih 10,000 peminat hadir untuk menyaksikan konsert hari pertama ‘JILID AKHIR: ELLA PUTERI KOTA’.
Konsert anjuran bersama oleh penganjur acara terkemuka Hitman Solutions dan syarikat pengurusan Ella iaitu RockQueen ini telah membuatkan para peminat tidak berganjak dari tempat duduk mereka dari mula sehingga habis.
Kerja Gila
Suami Ella, Azhar Ghazali yang turut bersama-sama mengiringi persembahan isterinya menganggap ini adalah kerja ‘gila’. Di laman twitter, Azhar menulis, Ella telah mendendangkan hanpir 80 lagu selama dua malam berturut-turut. Azhar meluahkan rasa bangga terhadap isterinya yang mendedikasikan konsert ini kepada peminatnya.
“Kerja gila. Hampir 80 lagu, 2 malam. Dedikasi buat peminat beliau. Proud of you my wife”- tulisnya di laman twitter.
Ella mendirikan rumah tangga dengan Azhar yang juga seorang juruterbang pada 7 Julai 2012 di Klang, Selangor. Pasangan tersebut juga dilaporkan mengambil anak angkat, Shanome Az Zahra, 4, pada tahun lalu.
Cipta Rekod
Ella juga telah mencipta sejarah dan direkodkan dalam Malaysian Book of Records sebagai artis tempatan yang pertama habis menjual tiket konsert dalam tempoh 24 jam di Arena Axiata Bukit Jalil. Ella telah menaikkan lagi nama artis tempatan dengan konsert bertaraf antarabangsa ini.
Menjawab persoalan kononnya Ella bakal berehat dari dunia hiburan, ini jawapannya;
“Jangan gusar dan risau, doakan agar saya dapat terus sentiasa mewarnai dunia anda selagi mana diizinkan.”- katanya kepada media.
Ella menambah, dia berharap suatu masa dia dan peminat dapat berjumpa lagi di siri konsert berlainan yang akan datang.
Sumber: murai.my
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda