Penyanyi Jay Jay menlnggal dunla
PENYANYI Jay Jay atau Mohd Fauzi Darus dilaporkan menlnggal dunla di Hospital Thompson Kota Damansara, Selangor pada pukul 9.27 malam Ahad.
Berita duka pemergian penyanyi berusia 67 tahun itu disahkan rakan artis iaitu Datuk Hattan yang menerima perkhabaran itu daripada isteri Jay Jay dikenali sebagai Zaitoon.
“Ya saya dapat bercakap dengan isterinya.
Jay Jay diser4ng angin ahmar selepas menjalani pembedahan.
“Jay Jay menlnggal dunia kira-kira pukul 9.27 malam,” katanya ringkas kepada mStar.
Jen4zah dijangka akan disolatkan di Masjid Al-Husna Bandar Sunway pada pagi Isnin dan dikebumikan sebelum Zohor.
Pada 23 Mei lalu, Jay Jay menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara (IJN).
Selepas menjalani pembedahan, penyanyi berkenaan diser4ng angin ahmar dan meneruskan rawatan fisioterapi di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.
Pada Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diwakili oleh Setiausaha Politik beliau iaitu Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan kepada penyanyi berkenaan.
Dalam pertemuan itu, Anwar turut menitipkan doa agar Jay Jay kembali sihat seperti sedia kala.
Untuk info, Jay Jay melibatkan diri dalam dunia seni dengan menjadi vokalis dan pemain bass untuk kumpulan Carefree.
Jay Jay popular dengan lagu Rindu Bayangan.
Lagu Rindu Bayangan antara karya yang cukup meninggalkan kesan di hati pendengar dan membuatkan Jay Jay terus mendapat tempat di hati peminat.
Malah selepas meninggalkan kumpulan Carefree, kariernya terus gemilang dengan kelahiran tujuh buah album solo.
Jay Jay juga pernah memenangi anugerah Penyanyi Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1988 dan Vokal Terbaik Lelaki pada Anugerah Industri Muzik 1998.
Tidak hanya itu, penyanyi berkenaan pernah memenangi kategori Pop Rock pada Anugerah Juara Lagu pada 1998 menerusi lagu Joget Angan Tak Sudah.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda