Hiburan

Nampak Macam Ada BabyBump, Net1zen Sy4k Puteri Sarah H4mil Anak Ketiga – “Badan Agak Berlsl Sebab Tengah Bahagia…”

Perkongsian beberapa keping foto terbaharu pelakon Puteri Sarah memakai baju dan skirt berwarna krim serta tudung sarung merah jambu di laman Instagram menarik perhatian netizen.

Selain memuji kecantikan semula jadi, rata-rata netizen tertarik melihat bahagian perut Puteri Sarah yang kelihatan seakan-akan ‘baby bump’, lantas tercetus spekulasi aktres itu sedang hamil.

“Hamil lagi ka?”

Itu soal pengguna laman sosial di Instagram pelakon Puteri Sarah apabila dia membuat hantaran gambar yang memperlihatkan bentuk perut seolah-olah ‘baby bump’.

Puteri Sarah, 37, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia tidak hamil seperti diperkatakan sebaliknya mengalami pertambahan berat badan.

 

“Saya tak hamil, tapi sekarang memang agak berisi sebab saya sedang bahagia. Doakan semoga Syaikul dan Sumayyah mendapat adik lagi.

“Sebenarnya, sejak kebelakangan ini mereka selalu cakap nak adik lagi. Jadi, doakan saja yang baik-baik,” katanya kepada Harian Metro.

Meninjau ke ruangan komen, Puteri Sarah turut membalas komen pengikut.

“Tak nak diet nanti badan sekeping macam batang mop! Biar berisi tembam,” katanya.

Hantaran yang dimuat naik itu mendapat lebih 11,000 tanda suka dan hampir 100 komen.

Beberapa hari lalu, Puteri Sarah menjelaskan dia sudah pun menerima tarikh perbicaraan daripada mahkamah mengenai isu melibatkan seorang wanita yang didakwa menggangu rumah tangganya bersama suami, Syamsul Yusof iaitu Ira Kazar.

Menerusi perkongsian di Instagram pada 14 Oktober lalu, Sarah dilihat telah pergi ke pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) bagi mendapatkan penjelasan terkini berhubung kesnya tersebut.

Menurut Sarah, 37, selepas mendengar penerangan pihak JAWI, dirinya amat berpuas hati dan akui jelas dengan situasi kes yang sedang dihadapinya itu namun, apa yang diketahuinya itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

Pada 18 Ogos lalu, media melaporkan Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon veteran, Kazar telah dipanggil ke pejabat JAWI.

Difahamkan, ia bagi membantu siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di pejabat agama terhadap wanita itu.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Back to top button