GlobalViral

“Nak belajar, bukan pergi pasar raya” – Pelajar sekolah pondok pasrah ustazah musnah alat solek dengan tukul besi

SUDAH menjadi kelaziman, sesebuah sekolah terutamanya sekolah berasrama akan menetapkan peraturan atau undang-undang tertentu untuk mendidik dan membentuk sikap berdisiplin dalam kalangan pelajarnya.

Kebiasaannya kita mendengar larangan membawa telefon bimbit ke sekolah kerana bimbang para pelajar akan terleka serta menyalahkangunakan peranti itu untuk tujuan selain pendidikan.

Namun lain pula halnya dengan kisah yang berlaku di sebuah sekolah pondok, di mana guru bertindak merampas dan memusnahkan alat solek yang dimiliki para pelajar perempuan.

Video memaparkan tindakan dua guru wanita bertudung memusnahkan alat solek seperti gincu dan pelembab bibir dengan menggunakan penukul besi di hadapan para pelajar, menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi video berdurasi sekitar 13 saat itu, kelihatan juga para pelajar perempuan duduk di belakang dan hanya memerhatikan tindakan dua guru berkenaan.

Guru-guru berkenaan dipercayai merampas peralatan solekan sebelum dikumpul dan dihancurkan di hadapan murid sebagai pengajaran.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan lokasi sebenar sekolah berkenaan.

Namun menerusi ruangan komen, ada yang mengatakan kejadian berkenaan berlaku di sebuah sekolah pondok atau pesantren di Indonesia.

Video berkenaan mengundang reaksi bercampur daripada netizen, dengan ada di antara mereka meluahkan pandangan yang menyebelahi guru-guru wanita tersebut.

Komen dan reaksi bercampur daripada netizen.

“Terbaik cikgu. Umur tak matang, budak bawa ke sekolah barang macam ni macam-macam beri alasan. Ini pengajaran ibu bapa untuk pantau anak-anak.

“Nama pun sekolah pondok, yang bawa alat solek seolah-olah pergi tempat majlis peragaan kecantikan apa hal?

“Pergi sekolah pondok pun bawa alat solek. Nak belajar… bukan nak pergi pasar raya. Tak kena tempat nak bawa alat mekap pun. Bagus ustazah,” demikian pandangan netizen.

Nak menegur, nak mengajar ada caranya. Dengan cara begini akan jadi dendam. Nama pun budak perempuan remaja. Sepatutnya nasihat dulu.

NETIZEN

Namun segelintir yang lain berpendapat tindakan memusnahkan alat solek berkenaan adalah keterlaluan, di mana guru sewajarnya memberi peringatan dengan lebih berhemah.

“Agak keterlaluan. Nak menegur, nak mengajar ada caranya. Dengan cara begini akan jadi dendam. Nama pun budak perempuan remaja. Sepatutnya nasihat dulu bukan terus bertindak.

“Didiklah akhlak, bukan mendidik cara menyelesaikan masalah secara emosi.

Video guru di Indonesia yang pernah tular kerana membakar telefon bimbit milik pelajar.

“Jangan rosakkan… membazir namanya. Patut kali pertama beri amaran, kalau dia ulang batalkannya dari sertai sekolah pondok. Baru jadi pengajaran pada yang lain,” demikian pandangan yang diluahkan.

Video memaparkan tindakan guru yang tegas dalam isu disiplin di institusi pendidikan di negara berkenaan bukanlah kali pertama diviralkan.

Sebelum ini tular video memaparkan guru wanita melempar telefon bimbit milik pelajar ke dalam tong besi yang marak dijilat api sebagai pengajaran.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button