Hiburan

“Mungkin Mereka Stress, Ruang Kecil,” – Syada Amzah Selesa Pindah Rumah Baharu, Tapi Kucing Pula M4ti 10 Ekor

Penyanyi, Syada Amzah akui tidak berdepan masalah untuk membiasakan diri selepas berpindah ke rumah baharu.

Menurut Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Amzah, suasana di rumah tidak berubah kerana orang-orang yang disayanginya masih ada di sekelilingnya.

“Pada saya, tiada banyak yang berubah. Apapun yang berlaku, saya melihat sebuah rumah itu lebih daripada sekadar batu bata.

“Yang lebih penting adalah orang-orang yang berada di dalam rumah itu. Di mana pun saya berada, walaupun di negara lain, kalau saya bersama keluarga, itu adalah rumah saya.

“Jadi, tiada banyak yang berubah kerana rumah saya masih sama secara metaforanya,” katanya kepada MH.

Bagaimanapun, adik kepada penyanyi terkenal, Shila Amzah ini akui keadaan rumah yang agak kecil sedikit sebanyak memberikan tekanan kepada kucing-kucing peliharaannya sehingga ada yang m4ti.

“Ketika baru berpindah, kucing-kucing saya agak stres. Jadi, saya perlu luangkan banyak masa bersama.

“Sebelum ini, saya pernah maklumkan yang saya mahu berikan beberapa ekor kucing kepada orang lain disebabkan keadaan rumah yang semakin kecil.

“Pada saya, kucing-kucing saya adalah keluarga. Bila saya rancang nak bagi kepada orang, saya menangis dan rasa berat hati. Saya dah jaga kucing ini bertahun-tahun.

“Ketika itu, saya nak bagi 10 daripada 25 ekor kucing yang saya ada. Nak dijadikan cerita, 10 ekor kucing tersebut telah pun m4ti dalam masa enam hari. Kesemua kucing itu masih kecil,” kongsinya lagi.

Jelas Syada lagi, pemergian kucing-kucing tersebut sememangnya menyedihkan hatinya.

“Selepas membuat pemeriksaan di klinik, doktor memaklumkan kucing-kucing tersebut dikatakan tidak dapat membiasakan diri dengan keadaan di rumah baharu.

“Kemungkinan sebab stres. Padahal saya bagi makan banyak dan sama macam yang lain. Bila bawa ke klinik, doktor maklumkan, bila penyakit itu dah merebak, ia tak boleh diselamatkan lagi.

“Doktor bagitahu, ia bukan virus tapi merupakan satu kondisi toksik kerana kucing-kucing ini tak biasa dengan rumah baharu.

“Mungkin rumah baharu ini tak kena dengan antibody kucing-kucing ini atau rasa terancam,” akhirinya.

Terdahulu, Shila dikatakan mahu menjual rumah keluarga kerana kediaman tersebut dikatakan meninggalkan banyak kenangan tidak menyeronokkan, susulan perceraian ibu bapanya, Datuk ND Lala dan Fauziah Sarman.

Selain kediaman keluarga yang terlalu besar untuk isi rumah seramai lima orang, justeru dia ingin mencari kediaman baharu yang lebih selesa untuk didiami ibu dan adik-beradik.

Sumber :MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button