Uncategorized

Mula Rasa Jijik Dengan Lawak Hina Agama, Afdlin Shauki Sokong Kelab Komedi Ditutup

Pelawak Datuk Afdlin Shauki mengecam sekeras-kerasnya sebarang perbuatan yang menghina agama Islam di pentas lawak.

Tak lagi beri sokongan kepada kelab crackhouse

Menerusi hantaran terbaru di Facebook, dia tidak bersetuju dengan perbuatan yang menghina agama Islam di pentas lawak. Meskipun hanya segelintir pelawak yang menggunakan isu terbabit, namun jika berterusan ia akan menjadi lebih parah.

Perbuatan yang dibanggakan itu membuatkan saya rasa jijik dan tak boleh lagi memberi sokongan kepada crackhouse comedy club.

Walaupun sokongan saya sebelum ini hanya bertujuan untuk kesinambungan rezeki pelawak-pelawak yang kebanyakannya mempunyai lawak yang  dan tidak menghina sesiapa.

Dalam pada itu, Afdlin turut menasihatkan kepada pelawak ‘stand up comedy’ untuk mencari alternatif mencari rezeki di tempat lain sehingga siasatan selesai dilakukan.

Jika mereka disabit kesalahan, mereka mestilah menerima pembalasannya. Abang doakan agar adik-adik pelawak yang terkesan sentiasa dilindungi sewantu dugaan ini dan rezeki korang terus murah.

Ujarnya lagi, dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak menyokong kelab terbabit agar terus dibuka.

Kita hanya boleh berjuang berdasarkan informasi yang diterima dan pada ketika ini, informasi ini membuatkan abang tak boleh lagi menyokong agar crackhouse terus dibuka.

Susulan daripada itu, hantaran terbabit meraih lebih lima ribu likes dan mendapat lebih 268 shares di Facebook. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Afdlin. Malah ada juga di antara mereka mengharap agar kenyataan yang dikeluarkan oleh pelawak itu dapat menjernihkan semula keadaan yang keruh.

Sumber : Afdlin Shauki

Kredit: Ohbulan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button