Mercedes Benz milik Saharul Ridzwan sudah ada pembeli… Lelaki letak deposit lepas 10 minit kongsi video, ada wanita terjah pejabat mahu beli ‘cash’
PELAKON Saharul Ridzwan tidak menyangka ada individu yang mahu membeli kereta jenis Mercedes Benz miliknya hanya selepas 10 minit dia memuat naik video di laman sosial pada Selasa.
Menurut Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 35, lelaki asal Kuala Lumpur itu turut meletakkan wang deposit sebelum sempat mereka bersemuka pada pagi Rabu.
“Terkejut juga sebab mendapat sambutan. Tak sangka ramai yang hantar mesej (DM) untuk datang melihat dan membeli. Mereka itu semua bukan kenalan saya dan hanya pengikut di media sosial.
Ramai yang memberi maklum balas selepas Saharul berkongsi video.
“Ada seorang lelaki yang menghantar mesej dan kemudian menghubungi saya untuk membeli. Belum sempat datang tengok kereta dia sudah letakkan wang deposit.
“Jadi setakat ini mungkin dialah pemilik baru kereta itu nanti,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.
Saharul sebelum ini memuat naik video mahu menjual kereta yang dibelinya pada tahun 2018 itu disebabkan ia jarang digunakan.
Tambah pelakon ini lagi susulan video berkenaan juga seorang wanita datang berjumpanya pada Selesa dengan niat untuk membeli secara tunai dengan harga RM85,000.
“Semalam (Selasa) ada seorang wanita terjah ke pejabat saya kerana mahu beli kereta itu. Dia datang sebab mesej yang dihantar di media sosial tidak dibalas.
“Katanya mahu terus beli kereta berkenaan dengan tunai. Namun saya terpaksa menolak kerana sudah ada orang lain yang meletakkan deposit. Jika lelaki yang pertama itu tidak jadi beli, saya akan hubungi wanita tersebut,” jelasnya.
Saharul mahu kurangkan komitmen bulanan.
Menurut Saharul lagi dia mahu menjual keretanya itu kerana enggan menanggung komitmen bulanan yang terlalu tinggi.
Dalam masa dia dia juga memberitahu tujuan asal membeli kenderaan tersebut pada awalnya hanya kerana mahu ia menjadi lambang kejayaan seorang usahawan.
“Ketika beli itu saya baru mulakan perniagaan. Orang kata kereta mewah sebagai lambang kejayaan usahawan. Sekarang baru saya sedar hidup ini bukan seperti dalam drama.
“Saya juga cuba untuk kurangkan komitmen bulanan. Daripada kereta itu jadi besi buruk tidak digunakan, lebih baik saya jual,” jelasnya.
Sumber:mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.