Viral

[VIDE0] Si Ibu Siap Buat Surat Perjanjian Untuk Anaknya Supaya Tidak Menyusu Badan, Rupanya Ini Yang Terjadi

Apabila si kecil sudah mencapai usia tertentu untuk wean off, pastinya ibu akan mencari kaedah yang boleh membantu seperti mencuba cara tradisional cerai susu badan.

Jika anda sedang mencari petua cerai susu badan, mungkin perkongsian ibu anak empat ini boleh memberikan idea untuk anda cuba.

Waktu sesuai mencuba petua cerai susu badan

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan bayi harus diberikan susu ibu sepenuhnya pada usia 6 bulan pertama kehidupan mereka dan diteruskan penyusuan bersama pengambilan makanan pejal lain sehingga berusia sekurang-kurangnya 2 tahun.

Ini kerana susu ibu bukan sekadar makanan untuk si kecil, tetapi juga merupakan ‘agen penenang’ bayi ketika berada dalam keadaan gelisah atau letih.

Susu badan juga mengandungi komponen yang dapat meningkatkan imuniti tubuh si kecil secara mendadak apabila mereka jatuh sakit.

Wean off adalah proses menghentikan pemberian susu badan kepada bayi. Sebaiknya langkah pertama untuk melakukannya adalah dengan memperkenalkan bayi makanan pelengkap bersama susu badan apabila si manja berusia 6 bulan.

Pilih cara tradisional cerai susu badan

Bercerita mengenai wean off, ibu ini memberitahu semua anak-anaknya bercerai susu apabila memasuki usia 2 tahun ke atas.

Untuk anaknya yang pertama, Ipah mengakui terpaksa bercerai susu atas nasihat jururawat kerana sedang hamil anak kedua.

“Untuk anak pertama, saya terpaksa minta bantu pakar untuk bercerai susu badan, lagi-lagi apabila anak tidak mahu menyusu botol,” jelas Ipah.

Dia juga terpaksa berpisah tidur selama 3 hari dan membiarkan anaknya tidur bersama suami. Tetapi keadaan semakin baik apabila si kecil mula menerima susu botol.

Tambah Ipah lagi, “Bercerai susu untuk anak kedua agak mudah memandangkan saya banyak outstation, jadi anak sudah biasa menggunakan botol susu.”

Menurut Ipah, anak ketiga pula bercerai susu apabila usianya hampir 3 tahun kerana ketika itu diri sedang sarat hamil 8 bulan.

“Badan mula terasa sakit setiap kali menyusukan anak. Jadi saya memilih menggunakan cara tradisional cerai susu badan dengan meletakkan sesuatu yang tidak disukainya pada payudara,” ujar Ipah lagi.

Bagi anak keempat, Ipah juga memilih menggunakan petua cerai susu badan tradisional dengan menepekkan asam jawa pada payudara. Keadaan payudara yang berkuping apabila asam jawa kering membuatkan anak takut untuk menghisapnya.

Walau bagaimanapun, Ipah mengakui keberkesanan sesuatu petua atau kaedah bercerai susu ini adalah bergantung kepada anak itu sendiri dan dia bersyukur keempat-empat anaknya mengambil masa kurang seminggu untuk wean off.

Video,

Komen netizen:

 

Sumber: Transformasi.host

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button