Hiburan

Bila Kamu Pilih Untuk Pergi, Kamu Tidak Memilih Kami” – Anak Dedah ND Lala Tinggalkan Keluarga, Tiada Siapa Dapat ‘Contact’

Perkongsian anak perempuan ND Lala, Syada Amzah meraih perhatian ramai apabila dia meluahkan isi hati kepadanya sempena ulang tahun kelahiran ke-62.

Menerusi Instagram, Syada memaklumkan bahawa tiada seorang pun ahli keluarga dapat menghubungi bapanya itu membuatkannya terpaksa memuat naik surat terbuka berkenaan.

Dalam penulisan itu, Syada mengucapkan terima kasih kepada ND Lala atas pengorbanannya selama ini membesarkan kesemua anak-anak.

Ini surat terbuka kerana tiada seorang pun dapat bercakap dengan kamu (sekarang). Bagi pihak semua adik beradik yang saya ada, kami sudah menerima kenyataan bahawa apabila kau memilih untuk pergi, sekali lagi, kamu tidak memilih kami. Kami sudah lama tahu tetapi sekarang kami tahu semuanya jelas.

Ramai pengikutnya sebak membaca surat terbuka daripada Syada yang mewakili kakaknya, Shila dan dua lagi adik beradiknya itu.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya mendoakan agar Syada dan keluarganya kuat semangat menghadapi ujian berat ini dan dipermudah urusan mereka.

Sumber: Beautifulnara

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button