“Berubah Slps Kahwin Kali Kedua” – Suami Miera Liyana Sekat Nombor Telefon Isteri Pertama, Tak Bayar Nafkah Lebih Setahun
Rumah tangga antara isteri pertama kepada suami pelakon Miera Leyana iaitu Adibah Abdul Mutalib dengan Rosland Othman, gagal menemui jalan pendamaian.
Tak bayar nafkah
Memetik laporan Malaysia Kini, peguam syarie Adibah, Khairul Anwar Rahmat, berkata proses sulh dengan Adibah di Mahkamah Syariah Putrajaya pada hari Jumaat tidak mencapai kata sepakat untuk berbaik.
Cubaan mencari jalan tengah untuk berdamai melalui proses sulh hari ini gagal.
Justeru, kami berharap Rosland bersedia dengan tuntutan yang akan dikemukakan.
Menurut Khairul Anwar, Adibah menuntut Rosland untuk menyelesaikan tuntutan nafkah dia dan hak anak-anak yang tidak dibayar selama lebih setahun.
Katanya lagi, Rosland juga telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas (WhatsApp) sejak September 2021.
Roslan tak menjaga hati isteri pertamanya apabila tak memberikan nafkah, selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya.
Ini adalah satu penderaan ment4l yang berpanjangan, ditambah pula dia juga sudah lama tak pulang ke rumah Adibah.
Perbuatan ini ibarat perkahwinan berusia lebih 20 tahun itu tak ada nilai. Orang lain juga berpoligami tapi jangan burukkan nama agama.
Berubah selepas berkahwin kali kedua
Sementara itu, Adibah mendakwa Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak berkahwin dengan Miera pada 26 Julai 2020.
Katanya Rosland hanya memberikan nafkah pada anak-anak mereka sekiranya dituntut.
Dia melayan kami seperti sebuah perniagaan yang memerlukan resit, baru boleh tuntut.
Ekoran kegagalan proses sulh itu, mahkamah menetapkan perbicaraan dijalankan pada 2 Mac ini.
Sumber: Malaysia Kini & Mediavariasi
Kredit: ohbulan
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.