Hiburan

Bekas kakak ipar Ira Kazar kesal, tak mampu bayar ganti rugi… Puteri Sarah jawab gelaran ‘ratu mahkamah’

PELAKON Puteri Sarah meluahkan rasa syukur susulan kes saman fitnah terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar iaitu Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan diselesaikan secara baik.

Berakhirnya isu berkenaan, Sarah atau Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata selepas ini dia mahu memberikan tumpuan kepada kes saman fitnah terhadap bekas pekerjanya pula.

“Okaylah, Alhamdulillah satu beban dah selesai dan saya ada satu lagi kes saman, tapi yang penting kes hari ini dah selesai,” katanya kepada mStar.

Sarah berkongsi demikian ketika ditemui sejurus selesai prosiding kes saman fitnahnya terhadap Wiwi di Mahkamah Sesyen Sivil, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat.

Dalam pada itu, peguam mewakili Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kadir memberitahu keputusan itu dibuat selepas pihak defendan berasa kesal dan tidak mampu untuk membayar ganti rugi yang diminta plaintif.

“Kami minta ganti rugi lebih tapi peguam Wiwi kata dia tidak mampu, jadi Sarah kata okay sahaja.

“Apa yang penting Wiwi dah luahkan rasa kekesalan dan akan muat naik permohonan maaf secara terbuka di Instagram tanpa memadam posting itu selama tujuh hari,” jelasnya.

Wiwi bagaimanapun dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak RM5,000 meliputi kos keseluruhan kes.

Orang yang kacau saya dan berkata buruk tentang saya, jadi saya saman untuk berikan pengajaran

PUTERI SARAH

PELAKON

Sementara itu, Sarah menafikan dakwaan segelintir netizen yang mendakwa dirinya sebagai ‘ratu mahkamah’ untuk mengejar duit semata-mata.

Sebaliknya kata Sarah, dia hanya mahu memberikan pengajaran kepada orang ramai agar tidak berkata buruk pada individu lain.

“Saya tak nak digelar ratu mahkamah, saya bukan mata duitan. Saya saman orang bukan nak duit tapi nak beri pengajaran supaya jangan buat macam itu.

“Lagipun saya tak kacau hidup orang. Semua tahu saya sibuk bekerja tambah dengan urusan anak-anak dan perniagaan.

“Orang yang kacau saya dan berkata buruk tentang saya, jadi saya saman untuk berikan pengajaran… sebab dah melampau itu sahaja caranya,” ujarnya.

Puteri Sarah lega kes mahkamah ini berakhir secara baik.

Pada pagi Jumaat, kes Sarah dan Wiwi diselesaikan dengan baik selepas pihak defendan memohon maaf secara terbuka kepada plaintif di hadapan Hakim Yasmin Abdul Razak.

Untuk rekod, pada 30 Ogos tahun lalu, Sarah memfailkan tuntutan saman fitnah terhadap Wiwi menerusi peguamnya Akberdin.

Isi kandungan penyata tuntutan itu memaklumkan Wiwi pada 24 Ogos tahun sama membuat kenyataan tidak wajar melibatkan dirinya di Instagram.

Selain itu, Sarah mempunyai satu lagi kes saman fitnah terhadap bekas pekerjanya iaitu Nazatul Nazira.

Proses mediasi antara Sarah dan Nazatul akan berlangsung pada 25 September depan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button