Hiburan

Baiknya hati anak Vida sedekah baju Melayu kepada pekerja stesen minyak… Netizen sebak tengok siap berpelvk

ANAK kepada usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Kacak mendapat perhatian netizen apabila menunjukkan sikap pemurah menghadiahkan baju raya kepada seorang pekerja stesen minyak.

Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan Mohd Amin, 16, dilihat memberikan sepasang baju Melayu berwarna hijau yang merupakan jenama perniagaannya sendiri.

Sikap pemurah Kacak diberi pujian.

“Tadi saya pergi pam minyak, lepas pekerja tu cakap baju Melayu saya cantik. Dia suka. Saya tanya dia dah beli baju raya ke belum?

“Dia kata belum lagi, tak apa kita nak bagi dia baju raya. Jom,” katanya.

Kacak berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok pada Jumaat.

Dalam pada itu, ibunya iaitu Vida atau Hasmiza Othman, 52, memberitahu anaknya itu masih belum menjual walau sehelai baju Melayu berkenaan.

Meskipun begitu, Kacak tidak berkira dan menganggap akan ada rezeki buatnya nanti.

“Tak apa mama, kita sedekah dulu rasmikan dengan sedekah. Rezeki akan datang InsyaAllah. Kita bagi dia dulu,” ujarnya.

Sejurus selepas Kacak memberikan baju Melayu sebagai hadiah kepada pekerja stesen minyak itu, raut wajah kegembiraan jelas terpancar daripada individu berkenaan.

Malah lelaki dipercayai warga asing itu turut mendoakan Kacak dalam video berkenaan.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memujikan didikan yang diberikan oleh Vida sehingga menjadikan Kacak seorang anak yang hebat.

Antara pujian yang diberikan netizen.

“Allahuakbar, bagusnya didikan DSV (panggilan Vida). Budi bicara Kacak, cara dia bercadkap tu tak tinggi nada suara. Salam tunduk tanda hormat.

“Alhamdulillah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Mewarisi sikap ibu yang suka bersedekah. Semoga Kacak dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.

“Mulut Mama dia selalu sebut ‘Anak mama yang hebat’. Memang akan jadi anak hebat Kacak ni,” tulis netizen

Sumber:Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button