Hiburan

“Apa yang saya pakai tiada kena mengena dengan orang lain” – Leona berang, minta berhenti ‘terganggu’ dengan pakaiannya

PETALING JAYA – Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona naik berang dan menyelar orang ramai agar tidak menyibuk tentang gaya pemakaiannya.

Pucuk muda berusia 21 tahun itu berkata, ada banyak perkara atau isu penting lain perlu diutamakan berbanding perihal dirinya yang menjadi sorotan ramai termasuk daripada pihak media.

“Tolong berhenti ‘terganggu’ dengan apa yang saya pakai. Saya merayu tolong letakkan perhatian pada isu yang lebih penting.

“Apa yang saya pakai tiada kena mengena dengan orang lain. Tubuh saya, pilihan saya. Masalah saya dan tiada kena mengena dengan kalian semua.

“Kalau tidak suka dengan apa yang kalian nampak, jangan tengok saya. Block (sekat) sahaja saya,” getusnya menerusi beberapa ciapan dalam Twitter.

Bahkan tegas gadis yang dikenali sebagai Leona yang kini melanjutkan pengajian di University of Bath, United Kingdom itu bertegas, dia tidak menjejakkan kaki ke kelab malam seperti dakwaan sebilangan pihak.

“Tolong jangan sebarkan berita tak betul. Saya tak muat naik video saya di kelab malam, sebaliknya, saya menghadiri kelab acara anjuran universiti (summer ball).

“Sesetengah pautan media gunakan saya sebagai clickbait (umpan klik) sebab tak mampu untuk beri berita yang berkualiti dan benar-benar penting.

“Kalaulah payudara saya kecil, saya yakin 100 peratus kalian semua takkan ambil kisah tentang apa saya pakai,” katanya lagi.

Terdahulu, menerusi perkongsian dalam InstaStory, Leona memuat naik beberapa gambar dan video menyaksikan dia dan rakan-rakannya sedang bercuti di Warleigh Weir, United Kingdom.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah pemakaian yang digayakan Leona agak mencolok mata apabila dia dilihat mengenakan bikini berwarna putih sehingga mendedahkan sedikit lurah payudara serta bahagian punggung.

Susulan itu, bapanya terpaksa melakukan permohonan maaf secara terbuka menerusi muatnaik dalam media sosialnya dan meminta anaknya itu lebih ‘bijak’ dalam bersosial.

“Saya tidak sempat tengok video bikini putih Leona. Apa pun saya bersyukur sebab Leona dah padam video tersebut dan tidak memanjangkan lagi perkara ini,” kata Azhar. – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button