Aman Graseka mungkin malu mengaku susah, Sharifah Shahirah tiada niat buka aib – “Saya nak pergi jumpa dia”
PENYAMPAI radio Suria FM Sharifah Shahirah tidak berniat mengaibkan Aman Graseka susulan berkongsi mesej pelakon era 90-an itu meminta bantuan kepadanya di Instagram.
Shahirah atau Kak Rara, 50, menjelaskan dia bertindak sedemikian memandangkan sudah tidak mampu memberikan bantuan berterusan kepada Aman.
Malah Shahirah, perkongsiannya sebelum ini dibuat selepas mendapat izin daripada Aman sendiri.
“Saya ada rasa was-was juga tapi saya tidak kisah, tak rugi pun sebab saya transfer duit tak banyak.
Perkongsian yang dimuat naik oleh Kak Rara sebelum ini.
“Sebenarnya niat saya bukan mahu mengaibkan sebab ramai tuduh saya begitu. Sebaliknya saya kongsi sebab sudah tak larat nak tolong… dia mendesak.
“Sewaktu bercuti di Dubai baru-baru ini pun dia mesej saya berulang kali. Saya faham kalau orang susah dalam keadaan terdesak,” katanya kepada mStar.
Dalam pada itu, Shahirah berkata dia juga ada menghantar mesej kepada Aman untuk mendapatkan kepastian sama ada dia adalah individu sebenar di sebalik WhatsApp yang dihantar.
Jelas Shahirah, Aman tidak menafikan perkara itu dan meminta penyampai radio berkenaan untuk tidak mengambil pusing dengan kata-kata yang dilemparkan orang ramai.
“Saya ada mesej bertanyakan kepadanya sama ada dia adalah Aman yang sebenar atau tidak dan dia mengakui dirinya Aman Graseka.
“Malah dia meminta saya abaikan laporan berita di mStar yang mengatakan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik.
“Saya rasa mungkin dia malu kerana siapa yang suka apabila orang kata kita meminta-minta. Kalau saya susah pun, saya malu kerana orang akan hina kita sekiranya kita meminta-minta,” ujarnya.
Mengulas lanjut tentang perkara itu, Shahirah mendedahkan ramai dalam kalangan rakan artis menghadapi situasi sama apabila menerima pesanan mesej daripada Aman yang ingin meminta bantuan kewangan.
Sebenarnya niat saya bukan mahu mengaibkan sebab ramai tuduh saya begitu.
SHARIFAH SHAHIRAH
PENYAMPAI RADIO
“Selepas saya kongsi di media sosial, ramai rakan artis mesej saya memberitahu mereka juga menerima mesej sama. Rupanya perkara ini berlaku sudah dua tahun.
“Sebenarnya bukan teman rapat saja, tetapi ramai yang dapat mesej itu tidak mengenali Aman Graseka… Tetapi mereka tetap bagi, cuma apabila terlalu kerap mendapat mesej tersebut mereka rasa seperti ada yang tidak kena,” jelasnya.
Kak Rara ketika ditemui mStar di Menara Star, Petaling Jaya.
Sementara itu, Shahirah meluahkan keinginan untuk bertemu sendiri dengan Aman bagi melihat keadaan terkininya dan keluarga.
Kata Shahirah, dia ingin tahu kenapa Aman bertindak demikian namun mendoakan agar aktor berkenaan diberikan rezeki bergiat aktif semula dalam bidang lakonan.
“Kalau boleh saya mahu berjumpa juga dengan Aman walaupun dia tinggal jauh. Nak juga lihat bagaimana keadaan dia dan keluarga.
“Saya pun jenis artis yang ambil tahu tentang orang sekeliling. Kalau boleh saya memang ingin melihat keadaan sebenar, kenapa dia sampai terdesak minta bantuan.
Kak Rara mahu bertemu empat mata dengan Aman.
“Saya doakan yang terbaik juga untuk Aman dan semoga dia dapat kembali aktif dalam industri lakonan,” katanya.
Sebelum ini, Shahirah ada memuat naik hantaran di Instagram berhubung Aman meminta bantuan bagi memberi anak-anaknya makan.
Bagaimanapun, ketika dihubungi mStar, Aman memaklumkan dia dan keluarga berada dalam keadaan baik.
Kata Aman, dia masih mempunyai pekerjaan iaitu berniaga ketupat dan lontong selain berita ditularkan mengenainya tidak benar.
Sumber :mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.