Hiburan

“Adik nak ayah” – Enggan berpisah dengan Shuk, air mata anak bongsu undang sebak

GELAGAT anak-anak pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang menangis kerana enggan berpisah dengan bapanya menyentuh hati ramai.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dilihat memujuk anak bongsunya iaitu Nur Assyifatu Aimi yang tidak mahu berjauhan dengan dengannya.

Lebih menyentuh hati apabila Aimi turut meluahkan hasrat ingin terus bermanja dengan Shuk sekiranya pelawak itu terus ada di sisinya.

Aimi berusaha memujuk Shuk agar kekal di sisinya.

“Tapi adik nak tidur dengan ayah… adik nak ayah. Tapi adik nak minta angkat dengan ayah,” luah Aimi.

Difahamkan, anak-anak Shuk menetap di Sabah bersama bekas isterinya iaitu Rossa Sera manakala Shuk pula di semenanjung selepas pasangan berkenaan sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Bagi memujuk anaknya itu, Shuk dilihat membawa anak-anaknya berjalan dan membeli beberapa makanan ringan sebelum berpisah.

Aimi bagaimanapun terus menangis apabila menyedari Shuk akan meninggalkan dirinya.

“Ayah balik dulu. Jumpa lagi Ain dan Aimy. Jaga diri elok-elok ayah sayang Ain dengan Aimy,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat perkongsian tersebut.

Malah berharap agar rezeki pelawak itu mencurah-curah agar dapat menjenguk anaknya di Sabah dengan kerap.

Tangisan Aimi sentuh hati netizen.

“Semoga Shuk murah rezeki selalu, boleh jenguk anak-anak dekat Sabah.

“Anak perempuan manja dengan ayah, perit berpisah dengan pasangan tapi ada anak-anak masih kecil. Menitik air mata saya.

“Shuk berubahlah, kesian anak-anak jadi mangsa. Mereka perlukan kasih ibu dan ayah mereka,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Shuk dan Rossa Sera berkahwin pada 2015 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button