Isu Semasa

“Tanda terima kasih arwh” – Kejadian aneh sejurus handphone dipercayai milik Farah Kartini ditemui… Wartawan tiba-tiba sejuk disapa angin

BERITA kem4t1an Nur Farah Kartini Abdullah tidak hanya merentap hati keluarga tetapi juga masyarakat yang mengikuti perkembangan kisahnya sejak wanita ini dilaporkan hilang.

Sehingga kini, pihak polis masih melakukan siasatan bagi merungkai motif dan punca kematian bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu dengan proses bedah siasat sedang dijalankan.

mStar sebelum ini melaporkan pasukan polis menjumpai telefon pintar dipercayai milik mangsa di kawasan yang sama may4tnya ditemukan iaitu di sebuah parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang, dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada Rabu.

Ketika bahan bukti itu dijumpai, ramai pengamal media berada di lokasi untuk membuat liputan, termasuklah wartawan TV3 Fareez Azman yang duduk tidak jauh dari parit tersebut.

Fareez kemudian menceritakan kejadian aneh yang dia dan rakan media lain alami sejurus telefon pintar itu ditemui, menerusi siaran langsung (live) di akaun TikTok miliknya sebelum seorang pelayar memuat naik semula rakaman ‘live’ tersebut dan tular.

Graduan UPSI ini dipercayai mati dibunvh oleh individu dikenalinya.

“Cerita dia macam ni, pada pukul 12.21 tengah hari (Rabu) dan anggota ni jerit phone phone phone!Jadi kami (media) gelabah la ambil gambar. Sambil kami ambil gambar, ada angin berlalu.

“Rasa sedap… sejuk je. Tempat tu tak ada angin tau. Lepas tu kawan saya dekat belakang cakap, bestnya ada angin macam ni sebab kami duduk dekat bawah pokok. Jadi angin tak menentu la.

“Saya pun cakap best la duduk bawah pokok macam ni sebab kami duduk menggunakan kerusi healing. Jadi kami buat ‘bodoh’ je la,” ujarnya memulakan cerita.

Menurut wartawan itu lagi, dia pada mulanya tidak terfikir apa yang dialaminya itu sebagai kejadian mistik namun mengakui berasa pelik dengan ‘sapaan’ angin itu.

Malah angin sejuk yang tiba-tiba bertiup itu tidak hanya dirasai oleh Fareez tetapi petugas-petugas lain yang berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, dia berasa terkejut selepas mendengar penjelasan daripada individu di situ berhubung kejadian yang dialami mereka.

“Tapi ada salah seorang dekat kawasan tu dia cakap tadi korang rasa angin tak? Betul-betul lepas jumpa telefon. Selalunya kalau macam tu sebab tanda terima kasih daripada arwh.

“Dia cakap macam tu… Itu apa yang saya dengar. Katanya pengalaman sebelum-sebelum ni pun macam tu. Bila sesuatu bahan-bahan penting untuk membantu kes diselesaikan dan sebagainya, begitulah yang berlaku.

“Saya pun termenung tadi sebab saya tak pernah berdepan dengan situasi sedemikian (rasa angin). Mungkin itu boleh jadi sebagai tanda terima kasih,” ujarnya.

Hantaran tular yang dikongsikan oleh Iffah Nur Dini itu meraih pelbagai reaksi netizen.

Jujur cakap, aura si arwh Farah Kartini lain macam betul. Entah kenapa dalam hati ni merasakan yang arwh ni baik orangnya.

NETIZEN

Rata-ratanya turut memberikan pendapat serta menceritakan pengalaman mereka.

“Saya meremang tapi pada masa sama saya sebak dan terbayang senyuman arwh ketika telefon tu dijumpai. Al-Fatihah adik Nur Farah Kartini. Semoga kem4tianmu terbela seadilnya.

“Perkara macam ni sebelum dikebumikan ia boleh jadi benar. Tapi lepas dikebumi ia mustahil kecuali wali-wali Allah yang diizinkan Allah sahaja. Wallahualam.

“Jujur cakap, aura si arwh Farah Kartini lain macam betul. Entah kenapa dalam hati ni merasakan yang arwh ni baik orangnya. Menjaga hubungan dengan Allah serta ibu bapa dengan baik. Betul-betul dalam hati saya rasa macam ni,” komen beberapa netizen.

Untuk rekod, pasukan polis berjaya menemukan sebuah telefon pintar dipercayai milik arwah di kawasan parit ladang kelapa sawit di Kampung Sri Keledang dekat Felda Gedangsa, Hulu Selangor pada tengah hari Rabu.

Komen netizen di TikTok.

Anggota Unit Skuba dan Sub-Akuatik Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) melakukan carian dan bahan bukti itu ditemukan kira-kira pukul 12.21 tengah hari selepas pencarian selama hampir sejam.

Sementara itu, suspek berusia 26 tahun yang disyaki membunvh individu tersebut turut dibawa ke lokasi kejadian bagi proses pengecaman telefon pintar milik Nur Farah Kartini.

Setakat ini, proses mencari bahan bukti lain sedang dijalankan di lokasi berkenaan.

Terdahulu, misteri kehilangan Nur Farah Kartini yang dilaporkan hilang sejak 10 Julai lalu terjawab apabila may4tnya ditemukan di lokasi sama telefon pintar dikatakan miliknya dijumpai.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan di Tanjung Malim, Perak pada Rabu lalu.

Susulan itu, seorang suspek yang merupakan anggota polis berpangkat Lans Koperal berusia 26 tahun direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kes3ksaan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button