Hiburan

“Thank You Haters, Tanpa Mulut Awak Yang Masin Saya Tak Dapat Offer Ni…” – Syada Amzah

Penyanyi, Syada Amzah tampil memberi respon terhadap komen ke atas dirinya yang sering menyanyikan semula atau cover lagu bahasa asing di media sosial.

Dikritik Try Hard Untuk Viral?

Syada, menerusi Insta Stories dilihat memuatnaik tangkap layar komen seorang netizen yang menyifatkan penyanyi ini ‘try hard’ untuk menjadi tular dengan melakukan beberapa cover lagu bahasa asing termasuklah Tagalog dan Arab.

“Try hard nyanyi lagu luar dengan harapan viral dan dijemput ke negara tersebut. Lamber lagi dik.”-komen netizen

Syada Beri Respon!

Tidak berdiam diri, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Hamzah membalas komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa dia sudah mendapat beberapa tawaran untuk ke luar negara hasil usahanya cover lagu bahasa asing.

“Hadiah birthday tahun ini. Baru Januari dah ada 3 country! Tapi saya dapat offer pergi country yang merupakan salah satu bahasa saya dah cover. Syukur Alhamdulillah.”-balas Syada Amzah

“Terima Kasih Haters, Tanpa Mulut Awak…”

Tambahnya lagi, adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah ini turut menitipkan ucapan terima kasih buat para ‘haters’ serta peminat yang tidak henti memberikan sokongan terhadap kariernya.

“Terima kasih haters. Tanpa mulut awak yang masin, saya tak dapat offer ini.

Sudah tentu terima kasih kepada penyokong saya sebab tak berhenti bagi kata-kata yang baik. Doa yang baik. Semoga perkara baik berbalik kepada awak dan keluarga.”-tulis Syada lagi

Sumber:murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button