Hiburan

“Hawa tengah live ke?” – Khai Bahar sanggup ‘tinggal’ peminat, tergesa-gesa nak tengok live Hawa Rizwana di TikTok

SEJAK timbul gosip mengaitkan penyanyi Khai Bahar dan pengacara Hawa Rizwana, peminat sentiasa memerhatikan gerak geri dua selebriti ini yang dianggap sepadan sekiranya mereka bersama.

Terbaharu, peminat ‘tangkap’ Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 28, yang dilihat tergesa-gesa menghentikan video siaran langsung sedang dibuat semata-mata untuk menonton Hawa yang juga sedang live di TikTok baru-baru ini.

“Hawa tengah live ke? Okaylah guys Khai nak tengok Hawa live. Bye,” katanya sebelum mengakhiri video berkenaan.

Rakaman tersebut sempat dirakam peminat yang kemudiannya memuat naik video reaksinya itu menerusi akaun dengan nama @allaboutKhaiHawa di TikTok.

Khai dan Hawa digosipkan bercinta.

Sementara itu, video reaksi Khai itu turut disunting dengan menggabungkan reaksi Hawa apabila diberitahu peminat penyanyi itu sedang menonton video siaran langsungnya.

Sejurus mendapat tahu mengenai perkara itu, Hawa kelihatan gugup dan memberitahu akan bertanya sendiri kepada Khai sekiranya apa diberitahu peminat benar atau sebaliknya.

Malah Hana secara berseloroh sempat membetulkan kedudukan tudung yang dipakai serta memberitahu berasa malu apabila Khai menonton videonya.

“Tadi Khai cakap nak tengok live Hawa? Ye ke? Ala malulah.

“Korang main-main ke betul-betul ni? Kejap tanya dia. Ah malu. Korang main-main, kan? Okay kalau Khai WhatsApp Hawa… Alamak saya kena betulkan tudung ni,” katanya.

Menjengah di ruang komen, rata-rata peminat terhibur melihat aksi Hawa yang dikatakan gelabah dan malu-malu apabila mendapat tahu Khai sedang menontonnya secara live di TikTok.

Hawa muncul dalam muzik video terbaharu Khai, Oh Wanita.

“Alaa tak boleh berhenti tengok reaksi mereka comel gila. Dua-dua excited dan malu-malu.

“Alahai comel sangat. Wah, so sweet. Comel la dua-dua ni,” tulis netizen.

Untuk rekod, Hawa muncul sebagai heroin dalam muzik video Khai bertajuk Oh Wanita sehingga ramai mengusik kedua-dua selebriti popular ini ada hubungan.

Bagaimanapun Khai hanya menganggap ia sebagai gurauan daripada peminat.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button