Hiburan

“Sampai akhirnya dia tak kenal kami lagi” – Sayu baca luahan Chef Wan tentang Cik Ani, sudah tak mampu urus diri aklbat Alzhelmer

UMUM mengetahui cef selebriti Datuk Redzuan Ismail atau Chef Wan cukup tabah menjaga ibunya yang semakin uzur disebabkan beberapa penyakit termasuk Alzhelmer, dimentla dan k4nser.

Chef Wan, 64, memaklumkan keadaan kesihatan ibunya Noraini Abdullah atau Cik Ani semakin memburuk sejak kebelakangan ini termasuk tidak mampu menyuap makanan sendiri.

Apa lebih menyedihkan kata cef itu, urusan ke tandas juga perlu dibantu oleh dia dan pembantunya.

Chef Wan kongsi keadaan Cik Ani.

“Dalam kes ibu saya sekarang, dia tak mampu menyuap makanan dia sendiri. Dia hanya merenung pinggan dan tidak buat apa-apa.

“Itu kerana otaknya yang memberi isyarat untuk memilih sudu dan makan sudah tidak berfungsi lagi.

“Semua urusan peribadi pun perlu bantuan saya dan pembantu. Dia tak tahu apa yang perlu dilakukan walaupun nak ikat kain sendiri,” katanya.

Chef Wan berkongsi perkembangan ibunya itu di Instagram.

Menerusi video yang dikongsi, kelihatan Cik Ani sedang melakukan senaman dengan mengelilingi taman di rumah anaknya sambil dipapah oleh pembantu mereka.

Chef Wan jaga Cik Ani dengan penuh sabar.

 

Chef Wan berkata, meskipun senaman ringan menjadi perkara berat buat ibunya namun dia terpaksa tabahkan hati dan memaksa ibunya bersenam untuk kebaikan dirinya.

Dalam pada itu, Chef Wan berkata, penghidap penyakit Alzhelmer semenangnya terpksa bergantung dengan orang lain dan mengakui ibunya kini sudah berada pada tahap tersebut.

“Ibu saya kini berada di peringkat ini. Dia terpaksa bergantung dengan bantuan orang lain. Sampai akhirnya dia tidak mengenali kami lagi,” ujarnya.

Chef Wan upah jururawat RM6,000 sebulan untuk Che Ani

 

PETALING JAYA – Demi memastikan ibu tercinta mendapat penjagaan sempurna, cef selebriti, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail sanggup membayar upah hampir RM6,000 bagi mendapatkan khidmat jururawat terlatih.

Katanya, keadaan insan kesayangannya, Noraini Abdullah yang sudah mencecah 90 tahun pada 12 Oktober lalu memerlukan penjagaan rapi selepas berhadapan masalah demensia selain faktor usia.

Chef Wan mengupah jururawat itu yang sudah pun bekerja selama empat tahun di rumah jagaan dan menjaga pesakit tenat.

“Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari iaitu sebulan lebih kurang RM5,800 lebih dengan OT (bayaran kerja lebih masa).

“Biar mereka bermesra dahulu ketika mak saya masih sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.

“Buat masa ini hanya waktu siang kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah masih ada untuk mengendalikannya,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.

JURURAWAT berasal dari Sabah yang diupah oleh Chef Wan bagi merawat dan menjaga Che Ani.

Pada masa sama, ikon masakan terkenal itu mengakui berasa lebih tenang kerana kesihatan wanita yang berada di tempat pertama dalam hatinya dipantau pakar.

“Saya berasa selesa apabila ibu mendapat bantuan profesional untuk mandi, tukar lampin, sarapan, pastikan ubat-ubatan diberi ikut jadual dan melakukan senaman ringan serta memastikan dia tidur siang dan petang,” tulisnya.

Menurut Chef Wan lagi, tidak ternilai wang mahupun masa yang diperuntukkan berbanding kebajikan serta penjagaan kesihatan terbaik buat bonda tercinta.

Akuinya, dia sanggup memanfaatkan pendapatan untuk bondanya yang mesra disapa Che Ani kerana baginya wang boleh dicari, namun seorang ibu adalah satu-satunya perkara paling bermakna dalam hidup.

“Banyak beza antara pembantu rumah dengan jururawat profesional yang tahu bagaimana menguruskan demensia atau kehilangan memori dan pesakit kanser.

“Bagi saya tidak mengapalah, sebab duit boleh dicari tetapi ibu adalah segala-galanya bagi saya.

“Kita semua kena selalu berikan penjagaan terbaik selagi boleh untuk membolehkan dia gembira dan selesa. Tak payah beli kasut Gucci atau beg Prada lagi.

“Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu pengorbanan serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti,” tulisnya.

Perkongsian chef tersohor itu mengenai perkembangan ibunya kerap meraih komen ramai yang kagum dengan perhatian penuh terhadap Che Ani, malah ramai menjadikannya sebagai anak contoh.

Sumber: mStar, kosmo online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button