Hiburan

DSV Beri Sebab Kenapa Perbelanjaan Cik B Cecah Jutaan Ringgit Sebulan – “Dia Bantu…”

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida mendedahkan perbelanjaan yang dibuat oleh anak perempuannya, Cik B baru-baru ini adalah berkaitan dengan perniagaan.

Menerusi temu bual bersama Gempak, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, 52, menerangkan beliau memberi kebebasan untuk anaknya itu menguruskan perniagaan sendiri serta berkongsi bahawa Cik B telah menolong banyak peniaga-peniaga kecil.

“Ada dia belanja personal, ada dia belanja untuk bisnes, saya banyak beri kebebasan pada dia untuk dia uruskan bisnes.

“Dia bantu peniaga-peniaga kecil yang cuba live tapi tiada views, bila Cik B masuk tu daripada views 30 boleh jadi 1,000, dia membantu orang-orang yang baru nak berniaga dan dia rasa benda tu ada value,” katanya.

Dalam pada itu, Vida turut menyatakan beliau tidak terlalu mengawal perbelanjaan anak-anak sebaliknya berharap supaya cahaya matanya itu membuat keputusan yang baik ketika berbelanja.

“Saya sebenarnya ada yang tak kawal juga, saya nak dia jadi seorang usahawan yang berjaya pada masa hadapan, jadi dia kena buat keputusan yang bagus,” jelasnya kepada Gempak.

Terdahulu, Cik B menayangkan perbelanjaannya mencecah yang jutaan ringgit pada sebulan.

Perkara itu membuatkan ramai tertanya-tanya tentang apa yang dibelanjakan Cik B sehingga boleh mencecah amaun yang sangat tinggi.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button