Hiburan

[VIDEO] Awak Tu Baru 2 Tahun Tau Tak? Anak Tomok Karok Lagu ‘Janji Padamu’ Buat Ramai Ger4m

Sebut sahaja nama Tomok pastinya ramai yang masih ingat vokalis dari kumpulan New Boyz cukup popular di zaman remajanya. Cukup sinonim dengan lagu berjudul Sejarah Mungkin Berulang, penyanyi ini sememangnya memilki bakat tersendiri.

Masih aktif dengan kerjaya seninya, malah Tomok juga kini bergelar usahawan dengan memiliki beberapa kiosk jenama minuman popular di sekitar Shah Alam.

Biarpun begitu, baru-baru ini muat naik satu video menerusi akaun Instagram Tomok telah mencvri perhatian ramai. Manakan tidak, dalam perkongsian rakaman itu dipaparkan anak bongsu Tomok yang diberi nama Khadijah sedang memegang mikrofon dan menyanyi mengikut lagu yang dipasang di pembesar suara!

Gelagat anak kecil ini membuatkan ramai teruja dan geram menyaksikannya. Berikut adalah perkongsian rakaman anak Tomok karaoke dengan gaya comelnya itu:

Di ruangan kapsyen, Tomok menulis seperti berikut:

“Awak tu baru 2 tahun tau tak?”

Perkongsian rakaman anak Tomok karaoke ini telah meraih lebih 150 ribu tontonan dan 11 ribu likes. Dengan gaya dia terkedek-kedek jalan, lengkap berkebaya, eh memang buat geram melihatkan si cilik bijak ini!

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka yang turut kagum dengan aks1 si cilik ini. Berikut antara yang diluahkan di ruangan tersebut:

“Dah nampak bakat adik Khadijah ni. Lepas ni ayah boleh resign lah..Jadi manager Dijah pulak”

“Terbayang plak dibu yang nyanyi..Sebab muka sejibik dibu”

“MasyaAllah dia hafal laaa..Clever girl”

“Wahhh dah tunjuk bakat tuuu habis lah ayah lepas ni jadi manager plak”

Sumber: https://syor.com/ ig tomok

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button