Hiburan

Rakaman CCTV individu mirip Aliff Aziz dan Ruhainies tersebar

KETIKA isu Aliff Aziz ditangkap khalwat sedang hangat diperkatakan, tersebar pula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mirip pelakon dan penyanyi itu bersama aktres Ruhainies.

Kelibat kedua-dua pelakon tersebut dirakam ketika berada di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu negara.

Menerusi video bertarikh 25 Februari itu, kedua-dua mereka dilihat sedang berjalan dari lobi kondominium menuju ke bahagian lif.

Isu Aliff dan Ruhainies sedang hangat diperkatakan.

Melihat pada klip video berkenaan, wanita yang mirip Ruhainies itu seolah-olah sedar akan kehadiran CCTV di kawasan itu dan cuba menutup wajah dengan memakai baju hoodie berwarna putih.

Manakala Aliff yang memakai baju serba hitam turut mengenakan pelitup muka dan bertopi.

Penularan CCTV itu sekali gus mengaitkan Ruhainies sebagai pelakon wanita yang turut ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada awal pagi Sabtu.

Dalam pada itu, media turut melaporkan ahli keluarga Ruhainies turut berada di premis terbabit ketika operasi cegah maksiat dilakukan Jawi.

Berdasarkan sumber, mereka dilihat berada di kondominium tersebut adalah kakak Ruhainies yang juga pelakon Risteena Munim bersama dua adik-beradik mereka yang lain.

Bagaimanapun kesemua mereka beredar daripada premis tersebut selepas penguatkuasa Jawi dan pengawal keselamatan kondominium berkenaan meminta mereka berbuat demikian.

Sementara itu, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut dipanggil ke lokasi selepas pemiliknya enggan membuka pintu.

Pintu akhirnya dibuka selepas tiga jam penguatkuasa berada di situ selepas pihak bomba mahu memecahkan pintu.

Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke pejabat Jawi menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Bella mohon ruang sebelum beri kenyataan rasmi.

Sebelum ini, adik Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan individu dicekup berkhalwat adalah abang iparnya dan hadir ke Jawi selepas dimaklumkan mengenai tangkapan yang dibuat.

Didi juga meminta semua pihak memberi ruang kepada kakaknya sebelum memberi sebarang kenyataan kerana masih dalam keadaan terkejut.

Ini bukan pertama kali Aliff berhadapan isu kontroversi malah pernah beberapa kali berlaku curang terhadap Bella.

Malah pasangan itu pernah bercerai pada 2019 akibat sudah tidak tahan dengan sikap pelakon itu.

Bagaimanapun pasangan tersebut mengambil keputusan kembali rujuk ketika dalam tempoh edah.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button