[VIDE0] “Ini orang Malaysia yang tak cerdik”- Wanita tinggal di kondo beng4ng aktiviti senamrobik g4nggu tidurnya

PAGI adalah waktu yang terbaik untuk beriadah, tanpa mengira apa jenis senaman atau latihan kecergasan termasuklah senamrobik.
Tak lengkap sekiranya senamrobik tidak mengikut rentak muzik yang rancak bagi menimbulkan mood dan kemeriahan dalam melakukan senaman.
Namun, siapa sangka aktiviti senamrobik yang dianjurkan di sebuah premis bangunan pejabat membuatkan seorang penduduk tidak senang duduk.
Menerusi satu perkongsian video di laman sosial, wanita berkenaan tidak senang dengan aktiviti senamrobik yang diadakan berdekatan tempat tinggalnya.
Walaupun tinggal di kondominium di tingkat 13, dia masih dapat mendengar keriuhan mereka bersenam sehingga mengganggu tidurnya.
“Ini adalah orang Malaysia yang tak cerdik. Tahu-tahu pagi-pagi dah buat senamrobik.
“Tahu tak ini kawasan kejiranan. Aku kat level 13 ni pun aku boleh dengar bisingnya,” katanya tanpa mendedah lokasi kediamannya mahupun bangunan pejabat tersebut.
Kumpulan melakukan aktiviti senamrobik.
Mengharapkan keluhannya didengari menerusi perkongsian video di TikTok, wanita itu bagaimanapun menerima tamp4ran hebat setelah dikec4m bertalu-talu daripada netizen.
Rata-rata netizen menyifatkan rungutannya tidak wajar kerana waktu paling ideal melakukan senamrobik adalah pada waktu pagi.
“Senamrobik tak salah pun kalau nak buat pagi. Memang aktiviti di pagi hari.
Normal la pagi-pagi, dok dalam hutan pun pagi-pagi dengar bunyi binatang.
NETIZEN
“Dia orang cerdik kak, hirup udara segar senaman pagi dan ajak jiran-jiran yang tak bercampur ni mai join sekali.
“Normal la pagi-pagi, dok (duduk) dalam hutan pun pagi-pagi dengar bunyi binatang.
“Kenapa kak? Akak selalu senamrobik tengah hari ke?” demikian antara komen netizen.
Antara komen netizen.
Pada masa sama, segelintir netizen turut menyindir dirinya susulan senamrobik pada waktu pagi itu dikatakan telah mengganggu dirinya yang hendak tidur.
“OK, kita tukar buat senaman malam. Mesti ada semangat kejiranan.
“Dok dalam hutan, aman.
“Pasang sound proof (kalis bunyi).
“Pergi tidur kat perpustakaan kak,” kata netizen.
Video yang dimuat naik wanita itu di TikTok itu bagaimanapun dipadamkan selepas menerima kecaman hebat daripada netizen
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda