Isu Semasa

“Ketika itu arwah sdng minum dgn kwn2..”- Isteri dedah kejadian Aneh berlaku sblm arwah mniggal

Kuala Lumpur: “Saya mohon maaf kerana tak dapat beri sebarang komen. Emosi saya belum stabil.”

Demikian reaksi balu Allahyarham Raymond Goh, Faridah Teh pada majlis pengebumian penyampai berita Nightline di TV3 yang menghembuskan nafas terakhir di Petaling Jaya, Selangor, pagi tadi.

Faridah yang berpakaian serba putih dan mengenakan pelitup muka kelihatan sugul dengan ditemani anggota keluarganya.

Bagaimanapun, Faridah merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak media yang hadir pada majlis pengebumian arwah suaminya itu.

“Saya hargai kehadiran anda semua. Sebarang maklumat boleh hubungi penerbit berita slot Nightline,” katanya kepada BH Online di Tanah Perkuburan Islam, Bukit Kiara, petang tadi.

Sementara itu, penerbit Nightline, Amelia Nadia Azaharul Nahar memaklumkan Allahyarham pergi ke hospital bersendirian selepas mengalami kebas pada bahagian kanan badannya.

“Ketika itu, arwah sedang minum bersama rakan-rakan, secara tiba-tiba terasa kebas pada bahagian sebelah kanan badan kanan dan terus pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan.

“Selepas menjalani rawatan imbasan CT dan doktor memaklumkan keadaannya agak kritikal sebelum ditidurkan,” ujarnya.

Amelia turut menyifatkan Allahyarham seorang insan yang cukup disenangi ramai termasuk rakan sekerja

Selepas hampir dua minggu bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat diserang angin ahmar, penyampai berita, Raymond Goh meninggal dunia, pagi hari ini.

Berita sedih itu diumumkan isterinya, Faridah Teh dalam satu kenyataan kepada media.

Faridah berkata, dia dan keluarga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di atas kasih sayang dan sokongan padu sepanjang tempoh mencabar itu.

“Dengan rasa dukacita yang paling dalam dan berat hati kami mengumumkan pemergian Raymond Goh @ Muhammad Zaman Goh Abdullah yang menyentuh hati ribuan orang di negara ini.

“Raymond meninggal dunia dengan tenang pagi ini selepas melawan kesan serangan angin ahmar.

“Keluarga Raymond ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan-rakan dan penyokongnya di atas limpahan kasih sayang dan sokongan dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.

Menurut Faridah, Allahyarham akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini.

“Jenazah akan disolatkan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, di sini, selepas solat Asar,” katanya.

Terdahulu, penyampai berita TV3 itu dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.

Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 O’clock News dan kemudian beralih kepada Nightline di TV3.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button