Hiburan

“Tak Lagi Terkongkong, Dah Move On” – Tak Sedih Atau Nangis, Shuhada Tenang Dicer4i Talak Satu

TENANG menerima takdir diceraikan talak satu, isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri bersyukur apabila kemelut rumah tangga mereka menemui jalan penyelesaian meskipun berakhir dengan perpisahan.

Berkongsi situasi terkini Shuhada, adik perempuannya yang mahu dikenali sebagai Sofia, 25, berkata kakaknya menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan dilihat kuat untuk berdepan ujian tersebut.

“Shuhada dalam keadaan stabil dan dia terima perpisahan itu dengan hati terbuka. Dia tidak sedih atau menangis. Bagi pihaknya, dia menerima takdir Ilahi dan bersyukur terhadap apa yang terjadi sehingga membawa kepada perpisahan.

Hafidz bersama dua orang anaknya.

“Sekarang dia sudah boleh move on dan tidak lagi terkongkong dengan suami. Dia okey sahaja,” katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.

Terdahulu, Sofia mengesahkan Hafidz melafazkan cerai terhadap Shuhada pada Rabu melalui panggilan telefon.

Keputusan untuk berpisah itu dicapai atas persetujuan bersama kedua-dua belah pihak selepas kemelut rumah tangga mereka berlarutan dan dikaitkan penglibatan orang ketiga.

“Perkara ini (cerai) melibatkan isu kepercayaan dalam hubungan. Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik.

“Saya melihat sendiri pengorbanan kakak berhadapan dengan isu rumah tangga mereka… bagi pihak kakak, saya juga bersyukur isu ini selesai dan semoga kebahagiaan lebih baik untuk Shuhada dan anak-anak.

Apabila sampai satu tahap yang melampaui batas ia mungkin tidak boleh diselamatkan lagi. Mereka sama-sama berbincang sebelum ini dan bercerai adalah keputusan terbaik

SOFIA

“Anak-anak juga masih kecil, namun mereka terpaksa menerima takdir ini. Semoga mereka menjadi lebih kuat atas segala penderitaan yang dilalui selama ini,” ujarnya.

Kemelut rumah tangga Hafidz dan Shuhada mula menjadi perhatian ramai selepas pelakon itu dikatakan curang dan mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Menerusi temubual bersama mStar pada 2 Februari lalu, Hafidz menafikan semua dakwaan yang dilemparkan terhadapnya dan memberitahu dia enggan terlalu berkongsi kisah isterinya di laman sosial.

Athira (kanan) didakwa menjadikan orang ketiga dalam hubungan Hafidz dan Shuhada.

Ketika isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan, muncul seorang wanita bernama Athira Yuhada mengakui Hafidz pernah cuba mendekatinya.

Selepas teruk dikecam, Athira menerusi satu perkongsian di Instagram membuat permohonan maaf kepada Shuhada serta anak-anak.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button