Hiburan

Fizo Omar Kongsi Tips Rumah Tangga Bahagia – “Biasa La Orang perempuan Siapa Lagi Nak Dia…”

Sibuk kerja macam mana pun, pelakon Fizo Omar akan memastikan dirinya sentiasa mempunyai masa terluang bersama isterinya iaitu Fazeera Nazri.

Menurut Fizo, biarpun suami perlu keluar rumah untuk mencari rezeki namun baginya, bukan mudah untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri yang menguruskan rumah dan anak-anak.

“Pembelian jiwa. Tipu la kalau cakap orang rumah tak bermasam muka bila asyik kerja dan outstation saja kan. Biasa la orang perempuan siapa lagi dia nak spend time borak-borak kalau bukan dengan husband kan.

“Si husband pula sibuk memanjang, ke hulu ke hilir. Yela abang bukan kerja 9 to 6 sayang. Kadang tu balik rumah untuk tidur saja. Back to back meeting.

“Kadang tu kita sebagai suami rasa kerja kita tu berat keluar rumah cari rezeki sana sini. Tapi bila cuba duduk kat tempat diaorang ni, uruskan rumah dan anak-anak, sebenarnya bukan senang weh.

“Kita cuba buat keje diaorang untuk beberapa jam pun dah naik pening kan,” kata Fizo.

Terima kasih kepada Fazeera yang sentiasa memahami dan menyokong, Fizo berkata rumah tangga akan bertambah bahagia apabila pasangan tahu peranan masing-masing.

“Terima kasih sayang kerana memahami dan menyokong. So moral of the story, masing-masing ada peranan masing-masing. Buatlah kerja masing-masing tapi selalu bersama susah senang.

“Jangan sesekali memandang rendah benda yang kita nampak mudah mata tanpa sendiri kita cuba buat. Kejayaan datang bersama pengorbanan, nak berjaya lebih, pengorbanan pun kene lebih.

“Ramai yang nak tahu result bila berjaya, tapi tak ramai yang sanggup tengok the proses sebelum berjaya,” ujarnya.

Untuk rekod, Fizo mendirikan rumah tangga dengan Fazeera pada Oktober tahun lalu dan mereka dikurniakan cahaya mata perempuan bernama Wan Khaleeda pada 25 Jun lalu.

Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada November 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang anak perempuan Wan Maryam kini berusia empat tahun.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button