Hiburan

“Beri kata-kata semangat buatnya” – Duduk makan semeja dengan isteri pertama, kelibat Aslam jadi perhatian

NAMA Ahmad Aslam menjadi bualan ramai selepas timbul dakwaan dia bernikah dengan anak pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania di Songkhla, Thailand pada Disember tahun lalu.

Terbaharu, tular pula sebuah video di Tikok memaparkan kelibat Aslam bersama isteri pertamanya iaitu Misya Mazlan di sebuah restoran.

“Beri kata-kata semangat buatnya,” tulis pemilik akaun berkenaan iaitu @ladybossrafa_hq pada bahagian kapsyen.

Ramai tertarik melihat kelibat Aslam di sisi Misya.

Menerusi video tersebut dapat dilihat, Aslam sedang menikmati hidangan manakala Misya pula sedang tekun berbual dengan rakan semejanya.

Malah Misya juga sesekali dilihat ketawa mendengar perbualan rakannya.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada ia video baharu atau dirakam sebelum isu rumah tangga mereka tersebar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan ingin memastikan kelibat lelaki semeja dengan Misya adalah Aslam.

Mereka turut kagum dengan kekuatan dimiliki Misya selain memuji kecantikannya.

“Alahai itu ke Aslam? Cantik-cantik isteri Aslam, semoga Misya kuat hadapi ujian ini,” antara komen netizen.

Marissa didakwa berkahwin dengan Aslam 27 Disember lalu.

Pada 7 Februari lalu nama Misya, Marissa dan Aslam menjadi bualan ramai selepas terbongkarnya kisah perkahwinan kedua lelaki.

Aslam didakwa bernikah dengan Marissa pada 27 Disember lalu ketika Misya sedang mengerjakan umrah di Makkah.

Sumber memberitahu kepada mStar, Aslam sudah berjumpa dengan Misya sehari selepas dia bergelar suami kepada Marissa.

Marissa didakwa menjadi isteri kedua Aslam.

Malah, hubungan Misya dan Aslam juga dikatakan tidak baik selepas kehadiran Marissa.

Kisah mereka sudah mula diperkatakan pada September tahun lalu apabila Marissa didakwa sebagai orang ketiga sehingga menyebabkan Aslam dan Misya becerai.

Bagaimanapun mereka kembali rujuk ketika masih dalam tempoh idah.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button