Global

Tak sampai sebulan kembali berbaik dengan RizkyBillar, LestiKejora dikatakan hamil anak kedua

PASANGAN selebriti Indonesia, Lesti Kejora dan Rizky Billar kembali mendapat perhatian selepas isu rumah tangga mereka hangat diperkatakan.

Memetik laporan Detik Hot, terbaharu Lesti dikatakan sedang hamil anak kedua selepas pasangan itu mengambil keputusan kembali berbaik dan melupakan kekecohan dalam perkahwinan mereka sebelum ini.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Lesti iaitu Sandy Arifin enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan terbaharu berkenaan.

Lesti Kejora sedang hamil anak kedua.

Malah Sandy hanya membalas dengan senyuman ketika ditanya soalan sama ada Lesti sedang hamil atau sebaliknya.

Dalam pada itu, Sandy juga menegaskan bahawa masalah di antara Lesti dan juga suaminya, Rizky telah selesai.

“Setiap hari saya hubungi dia dan semuanya baik. Dia juga memaklumkan dalam keadaan sihat dan baik-baik sahaja,” katanya.

Sementara itu, pengurus pasangan berkenaan dikenali sebagai Aril Lobster memaklumkan tidak mengetahui tentang berita gembira itu.

“Saya tidak tahu tentang itu, kita doakan sahaja mereka,” ujarnya.

Beberapa hari lalu, Lesti juga dilihat menemani Rizky bermain bola dan pasangan berkenaan dikatakan sedang cuba memperbaiki hubungan mereka.

Lesti dan Rizky bersama anak sulung mereka, Leslar.

Untuk rekod, Rizky didakwa melakulan keg4nasan rumah tangga terhadap Lesti sehingga mem4ksanya membuat lap0ran polis.

Inslden itu turut membongkar pelbagai perkara lain tentang Rizky yang didakwa bersikap cur4ng selain didakwa pernah bergelar seorang gig0lo dan menjalinkan hubungan s0ngsang.

Bagaimanapun Lesti mengejutkan peminat apabila bertindak menarik balik laporan dibuat terhadap suaminya itu dan memutuskan untuk kembali berbaik.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button