Hiburan

“Minta maaf apa? Jom jumpa” – Ber4ng isteri kena kutvk, Hafidz Roshdi ajak bersemuka

PELAKON Hafidz Roshdi bengang terhadap seorang pengguna media sosial yang memberi komen biadab terhadap isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.

Hafidz, 29, turut memuat naik gambar individu berkenaan dan meminta orang ramai untuk menjejakinya bagi membolehkan dia bersemuka dengannya.

“Sebelum ida private muka minta penyepak ni, korang tolong cari kawan-kawan dia, sila DM (direct message),” tulis Hafidz.

Komen negatif mengutvk isteri yang membuatkan Hafidz marah.

Hafidz meluahkan rasa tidak puas hati terhadap remaja lelaki itu ekoran dia mempersendakan wajah isteri Hafidz pada ruangan komen dalam satu hantaran dimuat naik sebuah portal.

Pelakon itu turut dilihat meninggalkan komen emoji marah di media sosial invidiu berkenaan.

Pemuda itu kemudiannya mengambil tindakan memadam komen tersebut dan turut menghantar mesej kepada Hafidz dan memohon maaf atas kesilapannya.

Hafidz bagaimanapun seakan-akan sukar menerima permohonan maaf tersebut dan meminta mereka bersemuka.

“Minta maaf apa? Jom jumpa,” balasnya.

Baru-baru ini kisah rumah tangga Hafidz pernah menjadi bualan ramai apabila dia dituduh bersikap curang dan mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Hafidz bahagia bersama isteri.

Tampil menafikan perkara tersebut, Hafidz dalam temu bual bersama mStar sebelum ini memberitahu berasa pelik namanya dipetik sedangkan perkahwinannya dengan isteri bahagia.

Untuk rekod, Hafidz melangsungkan perkahwinan dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah dan Umar.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button