Hiburan

“Ni mak you? Patutlah cantik..”- Gadis Cantik Di TikTok, Rupa-Rupanya Mak Dia Pelakon Ini

Menerusi satu platform popular, seorang gadis yang dikenali sebagai Erysha Emyra menjadi tumpuan ramai disebabkan kecantikannya yang sering menerima pujian warganet. Malah pengguna wanita platform tersebut juga memberikan pujian dengan kecantikan gadis berkenaan.

Kebanyakan video dikongsikan oleh Erysha Emyra juga sering mendapat ribuan tontonan sekali gus menerima ribuan tanda suka ramai namun satu muat naik terbaharunya telah mengejutkan warganet selepas videonya sering masuk ke ruangan fyp atau for your page di platform ini.

 

Muat naik Erysha Emyra terbaharu di akaun miliknya ternyata turut mengejutkan warganet selepas dia merakam video dengan seorang wanita yang dipanggil mummy. Walau bagaimanapun, rakaman terbabit semakin mendapat perhatian dengan 300,000 kali ditonton serta hampir 50,000 tanda suka ditinggalkan kepadanya.

Manakan tak, rupa-rupanya gadis berkenaan anak kepada pelakon jelita Datin Sri Noniswara. Jika anda sering menonton drama tempatan di kaca televisyen, tentu wajahnya cukup familiar memainkan peranan watak mummy. Walau bagaimanapun, anak kepada pelakon terkenal ini terdahulu pernah mendapat perhatian ramai kerana kecantikannya.

 

Jadi tidak mustahil jugalah, anak perempuan Datin Sri Noniswara ini mendapat perhatian ribuan warganet di muat naik yang dikongsikan itu. Menjengah ke ruangan komen, selepas beberapa kali menjadi tumpuan, ramai rupanya baru mengetahui gadis cantik berkenaan merupakan anak kepada pelakon kegemaran ramai itu.

“Mak dia pelakon…”

“Ni mak you? Patutlah cantik…”

“Lah you anak auntie yang berlakon…”

“Patutla lawa kau tengok mak dia”

Sumber: HCL, Youtube

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button