Hiburan

[VIDEO] “Saya Pukvl Anak, Paling Terk1lan Saya Tertek4n Sampai Susu Badan Ker1ng… ” – Puteri Sarah

Pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana mendedahkan keadaan dirinya yang terlampau tertekan sehingga susu badannya kering saat pertama kali berhadapan dengan kemelut rumah tangga bersama pengarah tersohor, Syamsul Yusof.

Menerusi sebuah temubual eksklusif Puteri Sarah bersama Nona baru-baru ini, aktres kegemaran ramai ini mengibaratkan dirinya sebagai rangka kerana dia tidak menjaga dirinya sehingga berat badannya menurun sehingga 47 kilogram (kg).

“Demi Allah, saya tiada konfiden dekat diri sendiri. Saya rasa saya tak cantik, sangat buruk sampai saya down sangat. Saya tak jaga diri saya sampai satu tahap, berat saya menurun sehingga 47 kg. Saya sangat kurus kering ibaratkan macam batang mop, macam Skeleton.

“Saya tak happy dengan badan saya tapi saya tak boleh nak buat apa sebab self confidence saya sangat rendah. Saya jadi macam tikus, takut nak face the world,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Puteri Sarah turut kongsikan bagaimana keadaan sebenar saat dia mengalami stres melampau iaitu tanpa sengaja dia telah memukvl dan menjer1t kepada putera sulungnya, Syaikhul Islam ketika berumur 2 tahun.

“Bila saya stres dulu, saya lepaskan pada anak saya. Saya pukvl Syaikhul. Masa tu dia baru 2 tahun, dan masa tu dia tak tahu apa-apa. Ya anak-anak tak ingat, tapi saya sebagai ibu saya ingat apa saya buat kat dia. Saya rasa bersalah.

“Saya bukan sengaja, Saya tak sedar sebab banyak sangat masalah dalam kepala saya. Saya tersentap saya tak boleh buat macam ni pada anak saya. Itu pertama dan terakhir saya pukvl anak saya.

“Bila mak saya dan mertua datang tanya kenapa saya kurus, masa tu saya tak nak cakap apa apa. Saya kata saya diet. Bila ada benda sikit yang trigger saya akan jadi outburst. Saya selalu menjerit dekat Syaikhul,” ujarnya.

Lebih menduka cita, keadaan dirinya yang terlampau tertek4n membuatkan susu badannya kering sehingga hanya mampu menyusu puteri sulungnya, Sumayyah selama enam bulan sahaja.

“Saya tak pernah cakap semua ni. Paling saya sedih saya hanya boleh susukan Sumayyah, enam bulan saja sebab saya stres susu badan tak boleh keluar.

“Bukan mudah bagi saya, padahal saya nak menyusukan anak saya sampai 2 tahun tapi sebab saya stres susu saya tak boleh keluar,” luahnya.

 

Untuk rekod, konflik rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof didakwa telah diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira kaza, anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi.

Difahamkan, Ira telah dipanggil oleh pihak JAWI dan disiasat mengikut Seksyen 38 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

Sumber: Xtra

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button