Hiburan

“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai” – Diana Amir ucap selamat tinggal dunia seni

KUALA LUMPUR: Pelakon Diana Amir, 36, berkongsi kisah hijrahnya mengenakan hijab dan niqab adalah salah satu perkara yang tidak dapat dibayangkannya.

Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematlan sangat hampir dengan dirinya, malah akan terus memperbaiki diri.

“Mak mentua tunjuk gambar saya yang tak berhijab. Dia kata semua ini dosa, tetapi masa itu hati saya keras. Saya rasa tak apa-apalah, yang penting saya baik dan tak kacau orang.

“Apabila orang sekeliling tegur pemakaian saya, jadi masa itu saya mula tersentuh.

“Namun itulah sebabnya, akhirnya selepas tahun 2011, waktu saya nak berhijab, itulah satu benda yang tak dapat dibayangkan sebab saya pernah berfikir begitu dulu.

“Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematlan itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya matl itu yang paling dekat dengan kita.

“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan matl juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.

“Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” ujarnya dalam sebuah program bual bicara bersama Neelofa, baru-baru ini.

Diana juga berkongsi saat-saat mahu mengenakan niqab apabila pulang mengerjakan ibadah umrah dan menyifatkan penghijrahannya itu adalah bukti cinta pada yang maha agung.

“Saya rasa penghijrahan saya agak perlahan sebenarnya sebab saya mula ada rasa suka nak berniqab sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020. Saya pergi umrah 2019.

“Sudah tentu, waktu buat umrah, kita suka pakai niqab. Waktu itu saya juga ada buat satu hantaran, saya cakap perasaan pakai niqab ini buat saya rasa selesa, bebas dan rasa macam ialah diri saya. Orang lain tak perlu tahu siapa saya. Yang penting, saya dan Allah. Saya rasa sangat bebas.

“Tapi saya ada bagitahu yang saya tak bermaksud nak pakai niqab, sebab saya belum bersedia ketika itu. Namun balik daripada umrah, ada masanya saya pakai, ada masa tidak.

“Akhir tahun lepas, saya mula berniqab sebab ketika saya memakai niqab dan dalam kereta, ada satu lagu saya dalam senarai main iaitu lagu ‘Labbaikallahumma labbaik’.

“Saya seorang yang kuat empati, bila saya dengar lagu ini rasa macam Allah sedang bercakap dengan saya dan saya sedang bercakap dengan Allah. Daku datang kepada-Mu Ya Allah.

“Waktu itu saya sedang berniqab, saya rasa rindu sangat pada Makkah dan Madinah. Saya nak jadi hamba yang Allah tahu saya sayang pada Dia.

“Saya rasa macam memakai niqab itu bukti cinta pada Allah. Semasa saya pakai niqab tu saya pakai kerana niat saya.

“Saya telefon suami saya dan cakap pada dia yang saya dapat perasaan yang sangat kuat untuk memakai niqab. Saya rasa lebih selamat. Dan dia beritahu itu berita paling menggembirakan dia dengar.

“Saya rasa, tak apa, tak perlu lagi pandang saya. Memang orang kenal saya sebagai diri saya sendiri. Bukan kerana fesyen atau muka atau rupa. Bukan. Tapi kenal saya sebagai seorang muslim.

Diana juga bertekad untuk tidak lagi membuat penampilan di kaca TV lagi selepas ini kerana mahu fokus dengan dirinya sahaja.

“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.

“Saya buat keputusan, saya cakap pada suami saya yang selepas ini saya dah tak mahu muncul di mana-mana tapi ada beberapa lagi tawaran yang saya sudah terima awal, jadi saya terpaksa buat tapi selepas ini tidak lagi.

“Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja,” kongsi Diana.

Terdahulu, Diana atau nama sebenar, Nurdiyana Amir Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mohd Habibullah A Rahman pada 25 Oktober 2013.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Khaulah Al Azwar, 7, Khadija Azzehra, 5, dan Muhammad Khalid Al Habib, 3. – XTRA

Sumber:BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button