Viral

Pernah tular dimar4hi cikgu kerana bersolek, ini yg berlaku lepas Ag0ng dapat tahu.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan hantaran seorang bapa yang terkilan dengan guru di sekolah anaknya apabila memarahi murid terbabit kerana mengenakan alat solek sewaktu pertandingan pakaian beragam bersempena dengan Hari Merdeka.

Perkara tersebut menjadi perhatian ramai dan pelbagai maklum balas diterima di TikTok bapa kanak-kanak berkenaan iaitu shazliey1.

@shazliey1 pengamalan dan dugaan yang hebat buat anak papa… Nur Ammara Keysha.. #ammarakeysha #fyppp #fyp Instrumen Sedih – Yuda pratama

Namun begitu, momen sedih yang dihadapai murid tahun dua itu nampaknya sedikit terubat apabila Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mencemar duli dengan turun daripada kenderaan yang dinaiki sewaktu selesai Sambutan Hari Kemerdekaan ke-66 di Dataran Putrajaya sewaktu melihat adik Ammara yang melambai-lambainya ketika mahu berangkat pulang.

Menerusi perkongsian bapa kepada adik Nur Ammara Keysha, pengiring kepada KDYM Agong telah menjelaskan kepada Tuanku bahawa kanak-kanak berkenaan adalah murid yang viral beberapa hari lepas di TikTok.

Raja Permaisuri Agong yang berada di dalam kenderaan juga sedikit terkejut dan tersenyum selepas mengetahui tentang adik Ammara.

@shazliey1 Allahuakbar…mengigil papa hari ni Ammara…!!!! Ampun Tuanku… KDYMM Seri Paduka Yang di Pertuan Agong perkenan mencemar duli turun dari kenderaan rasmi apabila nampak Ammara melambai-lambai sewaktu baginda ingin berangkat pulang dari menyaksikan perbarisan sempena hari kemerdekaan di Putrajaya..

#AmmaraJumpaAgong #AgongJumpaAmmara #ammarakesya #ammaraviral #kanakkanakviral#AmpunTuanku #HariKemerdekaan #merdeka #ammara #bajuammaraviral #kisahammara#ammaratiktok Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

Perkongsian yang dibuat oleh bapa kanak-kanak berkenaan telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Rata-rata mengatakan bahawa selepas hujan pasti ada pelangi memandangkan minggu lalu menjadi hari yang agak menyedihkan buat murid berkenaan selepas dimarahi guru dihadapan rakan-rakan sewaktu hadir ke sekolah memakai alat solek.

Sumber: TikTok @shazliey1

Sumber:omm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button