Hiburan

“Ada Yang Cakap I Takkan Istiqamah, Ada Yang Cakap Husband I Takkan Support,” – Mia Ahmad

Pelakon dan usahawan Mia Ahmad mendoakan semoga dirinya terus istiqamah di dalam menjadi Muslimah yang lebih baik.

Tampil sopan bertudung sejak tahun lalu, ibu kepada dua cahaya mata ini melayangkan coretan tersebut menerusi sebuah hantaran terkini di Instagram.

“Bila orang cakap tudung labuh macam makcik dan tak moden…

“Sorry, I dress for Allah…”

“Ada yang cakap I tak kan istiqomah, ada yang cakap husband I takkan support. I kuatkan hati cuz I know I did the right thing. For the sake of Allah,” t

“I tahu I tak baik, I ubah cara pemakaian untuk jadi lebih baik bukan untuk nampak baik,” tulisnya.

 

Bintang drama Sara Kirana ini turut bersyukur kerana setakat ini, semuanya dipermudahkan.

“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang along the way. Semoga Allah terus menjaga niat hati I dan kita semua.

“Sisters, semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin yra,” tulisnya lagi.

 

Sekadar info, Mia yang kini sedang hamil anak ketiga mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol JDT, Mohamad Izham Tarmizi Roslan pada 13 Januari 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Sayf Issa, 4, dan Iris, 2 tahun.

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button