Hiburan

“Saya rasa ‘waktu’ nak habis” – Awie Dedah Hidap K4nser, Buah Pinggang Perlu Dibuang

Siapa sahaja tak kenal dengan lagenda Rock tanah air, Dato’ Ahmad Azhar bin Othman atau lebih dikenali dengan nama Awie.

Meskipun sangat sinonim dengan perwatakan yang garang dan maskulin, Awie sebenarnya mempunyai kisah sedih yang baru sahaja dikongsikan olehnya.

Pelantun lagu Sejati itu berkongsi sudah hampir tiga tahun menyimpan rahsia di mana dia pernah diser4ng k4nser buah pinggang tahap awal sekitar tiga tahun lalu.

Dalam temu ramahnya dengan satu stesen radio, Awie akui dunianya ibarat gelap seketika selepas mendapat tahu penyakit yang dialaminya.

Video:

@kool101my

“Saya ada problem kidney. Ada tumor, and doktor sahkan itu kanser.” – Dato’ Awie Secara eksklusif, Dato’ Awie mendedahkan mengenai perkara ini di Kool 101. Kita tengok Dato’ Awie selalu happy kan? Kita tak tahu apa yang Dato’ Awie hadapi. Pandai Dato’ Awie sorokkan daripada kita selama ini 🥺 Catch Up Pagi On Point Close Up Bersama Dato’ Awie di aplikasi Audio+! 📲 @MY HAIZA @HeyMuaz @Sayap2WINGS #Kool101 #PagiOnPoint #CloseUp #Awie #awiewings #kanser

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

“Saya ada masalah pada bahagian buah pinggang, ada tum0r dan doktor sahkan itu adalah k4nser tetapi alhamdulillah dikesan lebih awal.

Masa nak maklumkan kepada saya, doktor pun macam tergagap-gagap, dia kata, ‘this is very suspicious’ dan cakap satu buah pinggang saya perlu dibuang kerana ada tum0r.

Sebaik dengar dia kata macam itu, saya rasa ‘waktu’ saya dah nak habis, macam gelap sekejap,” katanya.

Menurut laporan Berita Harian, selepas berjumpa doktor, ujian imbasan menunjukkan terdapat tum0r dan mengesahkan ianya k4nser.

Meskipun berat hati untuk melakukan pembedahan, lagenda rock itu akhirnya bersetuju untuk membuat pembedahan bagi membuang tum0r tersebut selepas puas dipujuk isteri.

“Doktor terpaksa tebuk tiga lubang dan masukkan kamera kerana tum0r ini susah nak nampak sebab pada bahagian dalam. Akhirnya tum0r bersaiz 2.7 sentimeter berjaya dikeluarkan,”kongsinya lagi.

Mujurlah, buah pinggangnya tidak perlu dibuang tetapi Awie masih memerlukan pemeriksaan berkala bagi memastikan tahap kesihatannya dalam keadaan terbaik.

Sumber: TikTok, Berita Harian

Sumber: Lobakmerah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button