Hiburan

“Sy juga trkejut bila..”- Gementar Rakam Semula Lagu Bakawali, Sekali Ini Yg Wany Hasrita Minta Dri Siti Nordiana

Penyanyi Wany Hasrita meluahkan rasa gementar ketika merakamkan semula lagu Bakawali gandingan bersama Datuk Jamal Abdillah yang bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut Wany, dia juga berasa lega selepas membuat perbincangan bersama salah seorang penyanyi asal lagu itu, Siti Nordiana atau Nana bagi mendapatkan pandangan.

 

“Pada mulanya, saya gementar juga nak merakamkan semula lagu Bakawali kerana kedua-dua penyanyi asalnya iaitu kak Nana dan kak Syura masih lagi aktif sebagai penyanyi. Tapi, ia atas perancangan syarikat rakaman dan saya harus akur.

“Mujur juga ketika berbincang dengan kak Nana, dia sangat memahami kerana itu bukan lagu persendirian, tapi milik syarikat rakaman. Malah, saya juga terk.ejut apabila Datuk Jamal sendiri bersetuju untuk terbabit dalam projek ini (rakam semula Bakawali),” katanya.

Memetik laporan Harian Metro, Wany turut berasa teruja untuk merakamkan semula lagu ini sejurus mendapat persetujuan daripada Jamal Abdillah untuk berduet dengannya.

Pelantun lagu Menahan Rindu itu juga yakin dengan kelainan yang bakal dibawakan oleh mereka berdua mampu menarik perhatian pendengar apabila lagu tersebut dilancarkan nanti.

Terdahulu, lagu yang merupakan nyanyian asal Siti Nordiana bersama Syura Badron itu telah diterbitkan oleh FMC Music pada 2001, menerusi album Syura berjudul Firus.

Sumber: Harian Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button