Isu Semasa

“Dah balut macam bantal” – Botol sambal pelanggan pec4h, Khairulaming stres kurier tak jaga barang… cadang bungkus dengan toto

BUKAN hanya keuntungan semata-mata, peniaga juga perlu memastikan barang yang dijual diterima pelanggan dalam keadaan baik.

Namun, risiko barang tersebut pecah atau rosak sering dikhuatiri terutama sekali oleh peniaga atas talian.

Jika pelanggan menerima bungkusan dalam keadaan rosak atau tidak memuaskan, pastinya penjual terpaksa menanggung kerugian.

Bagi sesetengah kes, mereka juga perlu menggantikan semula dengan item baharu secara percuma.

Ciapan asal di Twitter.

Turut terpalit dengan masalah sama, selebriti media sosial, Khairulaming meluahkan kekecewaan mengenai perkhidmatan kurier yang digunakan apabila terdapat aduan mengenai botol sambalnya pecah sebaik dihantar kepada pelanggan.

Ikon masakan berusia 31 tahun itu menjelaskan pihaknya sudah melakukan satu inisiatif bungkusan produk makanan dalam botol kaca mereka sebaik mungkin.

Bagaimanapun, usaha tersebut dianggap sia-sia kerana masalah tetap berlaku dalam proses penghantaran barang.

“Aku stres betul lah. Rasa dah balut bungkusan bukan main tebal macam bantal dah,” katanya menerusi ciapan di laman Twitter.

Dalam hantaran itu, Khairulaming turut memuat naik dua foto menunjukkan keadaan botol produk sambal yang diusahakannya dalam keadaan pecah.

Jika diteliti pada gambar tersebut, ia bukan sahaja tidak lagi boleh dimakan, sambal tersebut dilihat dalam seluruh bungkusan, malah terdapat kesan kekotoran tumpahan minyak.

Membalas ciapan sama, Khairulaming juga menjelaskan bahawa aduan seumpama itu bukan pertama kali berlaku.

“Satu persatu pecah. Nak kena balut dengan Toto Narita agaknya,” tulisnya dalam ciapan yang tular.

Cara packaging tuan tu sebenarnya tidak berapa sesuai untuk botol kaca macam tu.

NETIZEN

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama selain menasihati Khairulaming supaya menggunakan perkhidmatan kurier yang berbeza.

Dalam pada itu, segelintir netizen meluahkan rasa terhibur tentang gurauan ‘Toto Narita’ dengan berseloroh mengatakan jualan tilam tebal itu pasti ‘mencanak’ naik.

“Cara packaging tuan tu sebenarnya tidak berapa sesuai untuk botol kaca macam tu.

“Walaupun tebal, bubblewrap tak boleh nak protect certain type of impact especially sharp pointed impact.

“Sampai dah masanya untuk naik taraf bungkusan. Kemudian buat drop test,” ujar beberapa netizen.

Tangkap layar luahan Khairulaming mengenai sambalnya pernah ditiru.

Hantaran itu menerima 1.9 juta interaksi (engagement) dalam kalangan pengguna Twitter, dan diulang kicau lebih 5,000 kali serta dan menerima 13,500 tanda suka setakat ini.

Terdahulu, Khairulaming pernah menceritakan mengenai rasa kurang senangnya apabila sambal yang dijual ditiru oleh peniaga lain yang tidak bertanggungjawab.

Semakan mStar mendapati sambal yang diusahakan Khairulaming terjual lebih 1 juta unit di pasaran mudah alih, Shopee.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button