Isu Semasa

“Ibumu wirawati kebanggaan TLDM” – Ramai tumpah air mata, mendiang Joanna Felicia tinggalkan dua anak kecil

AKAUN Facebook Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia anak Rohna yang terk0rban dalam nahas helikopter pada pagi Selasa dihujani dengan ucapan takziah daripada netizen.

Semakan mStar mendapati anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu kali terakhir berkongsi foto di Facebook pada 18 Mac lalu.

Menerusi hantaran berkenaan, Joanna kelihatan tersenyum manis sambil diapit dua anaknya yang masih kecil.

Setakat pukul 6 petang, lebih 300 komen netizen membanjiri hantaran berkenaan yang rata-ratanya simpati akan nasib anak-anak mendiang.

“Berat sekali ujian Tuhan buat Joanna. Kasihan tengok anak-anaknya yang masih kecil.

“Kenangan terakhir seolah-olah memberi hintyang kita tidak sedar.

Foto kenangan Joanna bersama keluarganya.

“Salam takziah. Semoga keluarga tabah menghadapi ujian serta dipermudahkan segala urusan seterusnya.

“Kecil-kecil lagi anak dia. Jangan sedih ya. Berbanggalah mak korang meninggal masa bertugas.

“Kamu pasti bangga satu hari kelak. Ibumu seorang wirawati kebanggaan TLDM.

“Ibu kamu seorang yang hebat. Semoga membesar dengan sihat,” tulis netizen.

Berdasarkan foto yang dikongsi, Joanna mempunyai seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

Terdahulu, TLDM mengesahkan 10 individu terk0rban dalam nah4s helikopter di Pangkalan TLDM Lumut, Perak

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button