Hiburan

Puteri Balqis digugurkan dari drama televisyen,dan apa yg di takuti oleh ibu Aqish,mngkinkah jd kenyataan?

Kuala Lumpur: Nama pelakon remaja sensasi, Puteri Balqis Azizi atau Aqish, 15, digugurkan daripada membintangi drama untuk sebuah stesen televisyen swasta berikutan pendedahan berani yang dibuatnya, baru-baru ini.

Ibu pelakon itu, Norashikin Mohd Aziz berkata akibat isu yang tular dan hangat berkenaan, anak tunggalnya terpaksa akur kehilangan tawaran kerja untuk penggambaran drama 14 episod.

“Sedih nak beritahu, tawaran kerja untuk drama 14 episod bagi tayangan di sebuah stesen televisyen swasta ditarik balik dan nama Aqish digugurkan.

“Biasalah, kes tengah viral (tular) dan apa yang saya bimbang adalah masa depan kerjaya seni Aqish selepas ini. Selain itu, risau juga dengan jualan bukunya yang agak perlahan,” katanya.

Menurut Norashikin, sumber pendapatan untuk menyara hidup mereka dua beranak adalah berdasarkan tawaran lakonan diterima Puteri Balqis dan hasil jualan buku, 38 Poems of Puteri Balqis.

“Walaupun hati ini bimbang memikirkan nasib kami dan kerjaya seni Aqish, tapi saya sentiasa percaya pada rezeki yang diaturkan oleh Allah untuk kami dua beranak.

“Saya cuma risau saja. Tapi, Alhamdulillah kami masih lagi dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan amat membantu. Syukur sangat, sebab itu sudah memadai untuk saya terus kuat dengan dugaan ini,” katanya.

Terdahulu, Puteri Balqis secara terbuka dan berani membuat pendedahan mendakwa dia dan ibunya pernah menjadi mangsa perbuatan buruk bapanya di dalam satu program di saluran YouTube.

Menafikan dakwaan itu, bapa Puteri Balqis difahamkan sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baharu, Kedah.

Selain itu, Puteri Balqis juga difahamkan sudah membuat laporan polis berhubung dakwaannya di Balai Polis Sri Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan bapa Puteri Balqis sudah ditahan pada Rabu dan direman tujuh hari untuk siasatan lanjut.

Sumber: H.Metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button