Hiburan

Saya ambil musa ketika berumur 2 hari dan susukannya” – Noh mungkir janji, Mizz Nina dedah cerita sebenar

PENYANYI dan aktivis kemanusiaan Mizz Nina mendedahkan bekas suaminya iaitu Noh Salleh mengambil anak angkat mereka Musa tanpa keizinan dan di luar pengetahuannya.

Nina atau Shazrina Azman, 44, berkata dia merupakan penjaga Musa seperti yang diperintahkan undang-undang tidak mendengar sebarang khabar tentang anak angkatnya itu sewaktu diambil oleh bekas suami.

Kata Nina, Noh telah memungkiri janji yang dipersetujui dan bertindak seperti tidak mengetahui perjanjian yang dibuat oleh mereka.

Nina kecewa Noh mendedahkan wajah Musa.

“Saya mengambil Musa sebagai anak angkat sejak dia berusia dua hari dan saya menyusukannya. Selama dua tahun Musa tidur di katil yang sama, menghadiri rutin kelas bersama teman-temannya, tetapi sewaktu perjalanan pulang saya ke KL dia sudah diambil tanpa izin dan pengetahuan saya, sedangkan saya mempunyai hak jagaan terhadapnya.

“Sejak daripada itu saya tidak mengetahui di mana lokasi Musa dan tidak berkomunikasi, tidak menerima sebarang foto atau video selama tiga minggu.

“Sekarang ini bekas suami saya (Noh) sudah memungkiri janji dan berkata dia tidak tahu mengenai perkara ini walhal saya tahu sebenarnya dia tahu,” katanya.

Nina berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada pagi Ahad.

Dalam pada itu, Nina turut memberitahu privasi anak angkatnya itu sudah terjejas gara-gara Noh mendedahkan wajah Musa dan berkongsi nama penuh ibu Musa tanpa kebenaran.

“Privasi Musa telah terjejas dan hidupnya tidak akan sama. Bekas suami saya kemudiannya mendedahkan nama ibu kandung Musa dalam kenyataan permohonan maaf yang dibuat dan ia adalah satu tindakan tidak sensitif.

“Ibu kandung Musa mohon identitinya tidak dikenali namun Noh sekali lagi mendedahkan privasinya selepas berkongsi wajah Noh di media sosial,” ujarnya.

Noh didakwa melanggar privasi anak angkat mereka.

Nina bagaimanapun memberitahu selepas bercerai dengan Noh, bekas suaminya itu dengan rela hati menandatangani dokumen undang-undang yang memberi hak penuh kepada dirinya sebagai penjaga Musa.

Kata Nina, dia terpaksa bercerita tentang perkara ini supaya tidak ada spekulasi atau timbul fitnah mengenai isu penjagaan anak angkat mereka.

“Selepas bercerai dia (Noh) dengan rela hati menandatangani dokumen undang-undang memberi saya hak sepenuhnya untuk menjaga Noh dihadapan pesuruhjaya sumpah. Sejak itu dia sudah hilang hak untuk menjadi penjaga Noh.

“Saya terpaksa bersuara untuk bercerita kisah sebenar supaya tidak ada spekulasi atau fitnah tentang perkara ini… Ia bukanlah hanya sisi cerita daripada saya tetapi inilah kebenarannya dan semoga Allah terus membawa kebenaran,” katanya.

Nina berhak sebagai penjaga tetap Musa.

Sebelum ini, ibu kandung Musa menuntut permohonan maaf secara terbuka daripada Noh susulan didakwa melanggar perjanjian bagu merahsiakan wajah Musa.

Noh kemudiannya memuat naik sebuah video tampil membuat permohonan maaf secara terbuka dan menjelaskan dia sama sekali tidak mengetahui sebarang perjanjian di antara wanita itu dengan bekas isteri, Mizz Nina.

Untuk rekod, Noh atau Mohammad Noh Salleh, 39, mendirikan rumah tangga dengan Nina pada Julai 2011 namun mengumumkan penceraian pada 4 Ogos 2022.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button